13 warga asing ditahan berhubung siasatan kes bunuh peniaga buah

September 29, 2023 · Isu semasa

Hanya dalam tempoh 48 jam, polis berjaya menyelesaikan kes bunuh melibatkan seorang penjual buah warga tempatan di hadapan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman OUG, di sini, Selasa lepas, dengan penahanan 13 lelaki warga asing semalam dan hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Syukor berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun itu ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields dalam beberapa serbuan, lapor Bernama.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap suspek utama kes pada pukul 11 pagi tadi serta membuat rampasan barang kes. Polis berjaya menyelesaikan kes ini dalam tempoh 48 jam,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Amihizam berkata kesemua suspek ditahan reman hingga 4 Okt ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pada masa sama, beliau berharap agar orang ramai menghentikan sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan dan meminta mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes itu untuk menyalurkannya ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222.

Dalam kejadian pada 7.40 malam Selasa lepas, polis menerima maklumat tentang kes bunuh melibatkan seorang peniaga buah warga tempatan berusia 80 tahun di Taman OUG dan berikutan itu, empat lelaki telah ditahan pada 2.30 pagi di lokasi kejadian.

Mangsa maut akibat ditikam pada beberapa bahagian badan dan muka.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok