Najib kena hadir mesyuarat BN, bicara 1MDB ditangguh 2.30 petang

August 18, 2021 · Isu semasa

Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ke 2.30 petang ini dengan selepas bekas perdana menteri itu memberi alasan perlu menghadiri mesyuarat penting Barisan Nasional (BN).

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Collin Lawrence Sequerah membenarkan permohonan Najib untuk menghentikan bicara sesi pagi pada 10.45 pagi kerana Ahli Parlimen Pekan itu perlu menghadiri mesyuarat itu.

“Bolehkah saya menyatakan untuk rekod bagi mengelakkan keraguan bahawa saya membenarkan permintaan tertuduh kerana berikutan isu semasa negara pada masa ini, dan saya rasa pentingnya mesyuarat ini untuk mencapai resolusi.

“Jadi ia hanya disebabkan perkara ini dan saya tidak mahu tanggapan bahawa permohonan pada mesyuarat lain atau acara lain dibenarkan. Hanya permohonan ini. Saya benarkan beliau untuk menghadiri mesyuarat ini tetapi kita harus teruskan semula pada 2.30 petang. Jadi jumpa anda pada 2.30 petang,” tegas hakim itu lapor Bernama.

Terdahulu, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah parti BN akan mengadakan mesyuarat penting hari ini berhubung pemilihan calon jawatan perdana menteri pada 11 pagi ini.

“Anak guam saya adalah penasihat BN, beliau perlu berada di sana bersama Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan pemimpin parti yang lain untuk membuat keputusan,” kata peguam itu.

Prosiding pagi ini dimulakan dengan keterangan Mohd Hazem Abd Rahman, 49, bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, dalam pemeriksaan balas oleh Muhammad Shafee mengenai transaksi berjuta-juta wang daripada 1MDB.

Najib, 68, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Semalam, Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat khas di tempat yang sama untuk membincangkan calon parti untuk jawatan perdana menteri, yang namanya akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun dalam kenyataan semalam pula memaklumkan, semua Ahli Dewan Rakyat diminta menghantar surat akuan bersumpah kepada Istana Negara dan menamakan calon pilihan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang ke-9.

Surat akuan itu perlu diserahkan kepada pihak Istana Negara selewat-lewatnya sebelum 4 petang hari ini, atau ia tidak akan diambil kira.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024· Politik
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Kes rasuah: Wan Saiful hantar surat kepada SPRM
May 8, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok