Tiada istilah ‘Perdana Menteri interim’ dalam Perlembagaan Persekutuan

August 16, 2021 · Isu semasa

Pakar Perlembagaan Prof Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz menjelaskan tidak ada istilah ‘interim’ di dalam Perlembagaan Persekutuan atau undang-undang negara.

Sebalinya beliau berkata jika istilah itu mahu digunakan dalam dimensi perundangan negara, kerajaan seperti ini ditubuhkan semasa keadaan darurat yang pada ketika itu tiada kerajaan sah sedia ada.

“Di negara kita Perlembagaan tidak secara langsung mengandaikan keadaan ini berlaku dan tiada istilah seumpama itu digunakan dalam Perlembagaan. Dengan kata lain istilah “interim” yang digunakan itu tiada dalam Perlembagaan Perlembagaan atau undang-undang kita,” katanya dalam Facebook beliau.

Dalam konteks itu katanya, kerajaan interim bukan sebuah kerajaan sementara dalam erti ‘caretaker government’ yang ditubuhkan semasa Parlimen bubar dan mempunyai fungsi dan kuasa yang terhad.

Menurutnya apa yang ada dalam Perlembagaan ialah, sekiranya sesebuah kerajaan ditubuhkan oleh kerana gagal atau jatuhnya sebuah kerajaan, tetapi Parlimen tidak dibubarkan, maka ia adalah satu kerajaan seperti mana juga kerajaan ditubuhkan selepas pilihan raya.

“Syarat untuk menubuhkan kerajaan, dengan pelantikan Perdana Menteri serta Jemaah Menteri adalah sama, iaitu menurut Perkara 43(2)(a) dan (b).

“Lantikan Perdana Menteri dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan syarat seseorang itu adalah ahli Dewan Rakyat, yang pada hemat baginda “mungkin” mempunyai kepercayaan majoriti. Manakala Jemaah Menteri pula dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri,” katanya.

Shamrahayu berkata Jemaah Menteri yang dilantik di bawah Perkara 43(2) kerana gagalnya pakatan atau coalition sebelumnya mempunyai kuasa dan kedudukan yang sama dengan kerajaan yang dilantik seusai pilihan raya.

Menurutnya, kerajaan tersebut mempunyai fungsi dan kuasa yang sama dan berbeza dengan ‘caretaker government’ yang mempunyai kuasa terhad dan tidak boleh membuat keputusan besar atau melibatkan perbelanjaan besar.

“Caretaker Government juga hanya boleh ditubuhkan sekiranya Parlimen bubar.

“Secara umum, di negara kita, sekiranya kita mahu menggunakan istilah kerajaan atau Perdana Menteri interim, ia adalah merujuk kepada tempoh masa sementara. Ia bukan kerajaan yang terhad dari segi fungsi atau kuasanya.

“Ia tidak seperti caretaker government atau kerajaan sementara yang ditubuhkan semasa Parlimen bubar. Pada pandangan saya istilah interim tidak tepat untuk digunakan kerana (sekiranya) kerajaan baru ditubuhkan akibat Perdana Menteri meletak jawatan, ia bukan kerana berlakunya keadaan darurat atau wujudnya kekecohan atau gangguan kepada keselamatan sebagaimana kebiasaan di negara lain,” katanya.

Berita berkaitan
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Polis rekod keterangan Kit Siang dengan 27 soalan isu PM bukan Melayu: Peguam
December 13, 2023· Politik
Popular
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok