PKP 3.0 dua minggu lagi satu tempoh kritikal: KP Kesihatan

June 13, 2021 · Isu semasa

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu lagi pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh (SPP) atau ‘total lockdown’ akan datang merupakan tempoh yang kritikal untuk negara.

“Tempoh dua minggu ‘lockdown’ akan datang kritikal,” katanya menerusi akaun Twitter beliau malam tadi.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk Covid-19, yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi.

Namun, pada masa sama beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu, termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.

“Ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau sekali lagi mengingatkan orang ramai supaya duduk di rumah dan keluar hanya jika perlu bagi mengelak dijangkiti virus Covid-19.

“Sila duduk di rumah, kerana jika anda dan keluarga dijangkiti Covid-19, kita tidak ada katil ICU yang mencukupi,” katanya.

Pada Sabtu, negara merekodkan 5,793 kes baharu harian Covid 19 berbanding 6,849 kes pada Jumaat, manakala jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam juga sekali lagi mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia, dengan 8,334 kes berbanding 7,749 pada Jumaat.

Kerajaan pada 28 Mei lepas memutuskan untuk melaksanakan ‘total lockdown’ sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun.

Bagaimanapun, sidang Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat menerima cadangan dan pembentangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan bersetuju melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 selama dua minggu lagi.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata PKP 3.0 yang dijadualkan tamat Isnin ini disambung hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi.

Berita berkaitan
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
Pemuda PKR mengaku kritikal berdepan PRN enam negeri
March 18, 2023· Politik
Covid-19 : Kes mingguan meningkat lebih 57%, kata Dr Noor Hisham
November 7, 2022· Isu semasa
‘Kita jaga kita’ strategi menang PN
October 17, 2022· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok