Covid-19 : Kes mingguan meningkat lebih 57%, kata Dr Noor Hisham

November 7, 2022 · Isu semasa

JANGKITAN kes Covid-19 di negara ini menunjukkan peningkatan 57.3% dengan 26,616 kes direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-44 (ME 44/2022) dari 30 Oktober hingga 5 November

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bilangan kes tempatan Covid-19 pada ME 44 meningkat daripada 16,890 kes kepada 26,577 iaitu peningkatan 57.4%.

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME 44 meningkat sebanyak 18.4% daripada 28,252 kes kepada 33,449 berbanding ME sebelumnya.

“Kumulatif kes baharu sebanyak 4,923,538, kes sembuh 4,850,491, kes kematian 36,493 dan kluster 7,104 kluster dengan 21 kluster masih aktif,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, bilangan kes kematian pada ME 44 meningkat 45 peratus iaitu 20 kes kepada 29 kes.

Berkait kemasukan pesakit ke hospital dan Pusat Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk pula, Dr Noor Hisham berkata secara keseluruhannya meningkat 26.1%.

Katanya jumlah kemasukan bagi kategori satu (tidak bergejala) dan kategori dua (bergejala), meningkat sebanyak 39.4%.

Selain itu, jumlah kemasukan bagi kategori tiga (mempunyai radang paru-paru), empat (perlu bantuan oksigen) dan lima (perlu bantuan pernafasan) juga meningkat 37.4%.

Katanya, susulan trend peningkatan kes harian serta kemasukan ke hospital, ICU dan penggunaan alat bantuan pernafasan, KKM menasihatkan orang ramai agar mamakai pelitup muka dengan betul di Kawasan orang ramai serta sesak.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar melakukan ujian Covid-19 sekiranya bergejala sebelum menyertai aktiviti berkumpulan selain mengamalkan kebersihan diri.

Berita berkaitan
Peruntukan ditarik balik selepas Syed Saddiq jadi pembangkang
September 19, 2023· Politik
PMX dibenar keluar HKL selepas jalani pembedahan kecil gigi
August 21, 2023· Isu semasa
Calon, petugas ada gejaka influenza perlu pakai pelitup muka
August 3, 2023· Politik
Individu doa kematian Hadi dan Dr M tiada kaitan dengan saya: Shamsul Iskandar
July 2, 2023· Politik
Popular
Nilai ringgit jatuh, jangan salahkan rakyat kalau dilabel kerajaan gagal
October 1, 2023
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
October 1, 2023
Larikan seorang penganggur, enam ditahan termasuk pegawai dan anggota polis
September 29, 2023
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Orang PJ dan Shah Alam makan beras import, tak mahal sangat: Mat Sabu
11 minit lalu · Isu semasa
Keadaan perniagaan Malaysia semakin merosot sejak Jan: Laporan
27 minit lalu · Isu semasa
Minuman keras tak bercukai RM1.5 juta dirampas polis
12 jam lalu · Isu semasa
Seorang warga Sri Lanka mati dalam lokap di Jinjang
13 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir Kedah menurun kepada 114 orang
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
10 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
13 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok