‘Kita jaga kita’ strategi menang PN

October 17, 2022 · Politik

Seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu hari ini berkata strategi ‘kita jaga kita’ adalah elemen terpenting bagi memastikan kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), khususnya di 27 kerusi kritikal yang ditandingi.

Dr Muhammad Faiz Na’aman berkata memandangkan jalan ke arah rundingan membabitkan ketiga-tiga parti Melayu terbesar, iaitu UMNO, PAS dan Bersatu sukar dicapai, maka tumpuan perlu diberikan untuk mengukuhkan kerjasama membabitkan semua parti komponen PN.

Beliau berpendapat sejak awal lagi UMNO, PAS dan Bersatu dari awal lagi sepatutnya telah wujud rundingan, namun terlewat apabila PN mengisytiharkan Barisan Nasional (BN) sebagai ‘musuh’ utama dalam PRU-15, susulan tindakan UMNO melaungkan ‘No PPBM’, dua tahun berturut-turut ketika perhimpunan agungnya.

“Saya fikir, PAS perlu realistik dalam hal ini bahawa Bersatu tidak akan berkompromi dengan UMNO yang didominasi kluster mahkamah,” katanya menurut BH.

Beliau mengulas laporan mengenai saranan pihak tertentu, termasuk penganalisis politik supaya UMNO/BN, PAS dan Bersatu/PN berunding sebelum penamaan calon bagi mengelakkan pertembungan di 27 kerusi kritikal.

Rundingan itu dikira penting dalam usaha mengelakkan 27 kerusi panas itu menjadi milik Pakatan Harapan (PH), seperti berlaku pada PRU-14.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata pengukuhan kerjasama gabungan PN, terutama bagi menambat hati rakyat adalah usaha paling ideal untuk dilakukan ketika ini.

“Penting untuk menambat hati rakyat supaya menolak pihak yang ultra liberal dan korup dalam PRU ini.

“Kita patut jaga sesama kita, jangan fikir pasukan lain. Perlu realistik dan ikut ketetapan kepemimpinan tertinggi Perikatan Nasional melalui musyawarah dalam Majlis Tertinggi PN,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
30 MP UMNO, BN setuju sokong Anwar bentuk kerajaan bersama DAP
November 24, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok