Titah Sultan Johor bukti kenyataan PMX dalam isu kalimah Allah tak betul: PEMBELA

May 25, 2023 · Isu semasa

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) menjunjung titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Pengerusinya, Aminuddin Yahya menyifatkan titah baginda yang menegaskan kalimah Allah hak eksklusif umat Islam dan meminta kerajaan memperhalusi dengan cermat membuktikan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya kes tersebut hanya berkaitan dengan Sarawak adalah tidak betul dan jauh lari dari fakta.

Aminuddin membangkitkan titah Sultan Ibrahim semalam yang meminta kerajaan memperhalusi dengan cermat keputusan berkaitan tindakan menarik balik rayuan terhadap kes Jill Ireland Lawrence Bill.

“Jika ia tiada kaitan dengan negeri-negeri lain, Tuanku Sultan Johor tidak akan bertitah sebegini dan majlis-majlis agama Islam negeri-negeri lain juga tidak akan menzahirkan kebimbangan dan kritikan,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Sultan Ibrahim dalam satu kenyataan semalam bertitah, penerbitan, percetakan, penyiaran dan pengedaran sebarang bahan yang mengelirukan rakyat terutama umat Islam tidak akan dibenarkan di negeri itu selari dengan kedudukan Islam dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Johor 1895.

Baginda berpandangan Kerajaan Persekutuan harus memperhalusi dengan cermat keputusan menarik balik rayuan kes kalimah Allah serta kesan-kesannya kerana ia berkait rapat dengan isu yang berada dalam sempadan agama Islam dan sentimen umat Islam negara ini.

Ia susulan keputusan pada 18 April lalu yang menyaksikan Kerajaan Persekutuan menarik balik rayuan yang difailkan di Mahkamah Rayuan terhadap penghakiman Mahkamah Tinggii Kuala Lumpur bertarikh 10 Mac 2021 dalam semakan kehakiman Jill Ireland Bill terhadap Menteri Dalam Negeri.

Aminuddin mengingatkan bahawa sebelum ini Sultan Ibrahim pernah bertitah dengan tegas menyeru Kerajaan Persekutuan meneruskan prosiding rayuan tersebut.

Beliau memberitahu, baginda telah mengarahkan Majlis Agama Islam Negeri Johor mengambil apa-apa tindakan yang perlu dan wajar bagi menyokong usaha rayuan tersebut sebelum ini.

“Malah, titah yang lebih kurang sama telah dikeluarkan oleh Sultan Selangor dan Sultan Kedah,” jelasnya.

Aminuddin berkata, semua itu telah melengkapkan bukti bahawa isu tersebut bukan isu baharu yang sengaja dimainkan oleh parti politik tertentu.

“Apakah selepas ini kerajaan masih berani meremehkan isu ini dengan menempelkan label ‘isu politik’ rentetan titah Tuanku ini?” soalnya.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok