Ringgit jatuh lagi, menghampiri RM4.60 berbanding dolar

May 24, 2023 · Isu semasa

KUALA LUMPUR: Ringgit terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang lain pada akhir urus niaga Rabu berikutan kebimbangan mengenai prestasi sektor kewangan global.

Unit tempatan itu turut diasak oleh faktor lain termasuk kemungkinan berlakunya kemelesetan global, risiko berkaitan had siling hutang AS, jangkaan penurunan permintaan tenaga di Barat serta keadaan deflasi yang tepu di China, menurut laporan Bernama.

Pada 6 petang, ringgit di paras 4.5920/5950 berbanding dolar AS daripada 4.5700/5750, semalam.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa rundingan berkaitan had siling hutang AS terbukti hanya mencatat kemajuan kecil.

Berikutan itu, katanya, peniaga mula menjangkakan berlakunya kemungkiran pembayaran hutang yang boleh memberi kesan lebih besar daripada tempoh berisiko.

“Tarikh berisiko itu adalah pada dua minggu pertama Jun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata sentimen mengelak risiko jelas ketara ketika ini dengan isu had siling hutang AS menjadi tumpuan utama.

“Indeks dolar AS misalnya terus mengukuh kepada 103.527 mata pada sesi urus niaga dan ringgit kelihatan lemah berbanding mata wang utama apabila pelabur beralih kepada mata wang selamat,” katanya kepada Bernama.

Pada akhir urus niaga hari ini, ringgit turut susut berbanding kelompok mata wang utama.

Unit tempatan itu rendah berbanding pound Britain kepada 5.6877/6914 daripada 5.6577/6639; susut berbanding euro kepada 4.9470/9502 daripada 4.9251/9305 dan turun berbanding yen Jepun pada 3.3148/3172 daripada 3.3006/3044 semalam.

Ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang ASEAN lainnya.

Ia mencecah paras 3.4091/4115 berbanding dolar Singapura daripada 3.3920/3962 semalam yang melepasi paras terendah dalam tempoh dua dekad.

Berbanding rupiah Indonesia, ringgit terus susut kepada 308.1/308.5 daripada 307.1/307.7; rendah berbanding peso Filipina kepada 8.23/8.24 daripada 8.20/8.21 dan turun berbanding baht Thailand kepada 13.2924/3073 daripada 13.1712/1920.

-BERNAMA

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok