PKP, PKPP: Jawi benar adakan solat Tarawih, Aidilfitri

May 7, 2021 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membenarkan solat sunat Tarawih dan Aidilfitri walaupun wilayah itu dikenakan Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Kebenaran yang berkuat kuasa hari ini bagaimanapun bergantung kepada kapasiti masjid dan surau dengan penjarakan sosial 1.5 meter selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, kebenaran yang hanya dilaksanakan di kawasan kariah masing-masing itu turut membenarkan ibadah solat Jumaat, solat fardu dan aktiviti keagamaan.

Mohd Ajib berkata ketetapan baharu yang diumumkan Jawi itu diputuskan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaras pengumuman terkini kerajaan berhubung perkembangan PKP.

“Aktiviti qiamullail dibenarkan 100 orang sahaja mulai jam 5 pagi dengan penjarakan fizikal 1.5 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Berikut adalah antara ketetapan baharu berhubung ibadah solat dan aktiviti keagamaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan:

Kawasan PKP (Kuala Lumpur)

  1. Tadarus al-Quran dan Majlis Khatam al-Quran secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
  2. Takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan peserta tidak melebihi 20 orang dalam kalangan ahli jawatankuasa dan pegawai masjid hingga 10 malam.
  3. Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri, Majlis Jamuan Hari Raya dan aktiviti ziarah kubur adalah tidak dibenarkan.
  4. Kuliah dan tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan kapasiti separuh dewan solat utama dengan penjarakan 1.5 meter.

Kawasan PKPP (Putrajaya dan Labuan)

  1. Tadarus al-Quran dibenarkan secara bersemuka dengan kapasiti separuh dewan solat utama manakala Majlis Khatam al-Quran dibenarkan mengikut kapasiti dewan solat utama dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
  2. Takbir Hari Raya pada malam 1 Syawal dibenarkan dengan jumlah peserta mengikut kapasiti dewan solat utama masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan 1.5 meter sehingga jam 10 malam.
  3. Jamuan selepas solat sunat Aidilfitri dibenarkan secara berbungkus manakala Majlis Jamuan Hari Raya tidak dibenarkan.
  4. Kuliah dan tazkirah secara bersemuka dibenarkan dengan separuh kapasiti masjid, surau Jumaat dan surau dengan penjarakan fizikal 1.5 meter.
  5. Aktiviti ziarah Kubur dibenarkan dengan tidak melebihi enam orang bagi satu petak kubur dan tidak melebihi 30 minit.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Rumah lelong naik 20% : laporan
July 11, 2023· Isu semasa
Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang
May 22, 2023· Politik
Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO
April 28, 2023· Politik
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok