Kerajaan campuran belanja RM6.3 juta buat rumah terbuka di negeri pembangkang

May 22, 2023 · Politik

Sebanyak RM6.3 juta dibelanjakan kerajaan campuran bagi mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di tiga negeri pembangkang baru-baru ini.

Dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini, kos keseluruhan RM6.3 juta itu meliputi belanja RM3.1 juta untuk penganjuran di Kedah dan RM1.5 juta masing-masing bagi penganjuran di Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, kerajaan tidak mendedahkan kos belanja yang dikeluarkan untuk mengadakan rumah terbuka di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

“Jumlah perbelanjaan ini meliputi semua perkara seperti persiapan tempat, logistik dan perbelanjaan jamun kepada orang ramai. Jumlah kehadiran untuk program di Kedah adalah seramai 25,000 orang, manakala di Kelantan dan Terengganu adalah seramai 15,000 orang pengunjung di setiap negeri,” kata jawapan di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut jawapan tersebut, kos tersebut lebih rendah berbanding sambutan sama yang diadakan pada tahun lalu di Seri Perdana semasa pentadbiran kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Berbanding dengan penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri pada tahun lalu yang diadakan di Seri Perdana yang menelan belanja RM11 juta dengan kehadiran seramai 70,000 orang, pelaksanaan Rumah Terbuka Malaysia Madani in membuka rang yang lebih luas untuk membolehkan pemimpin kerajaan bertemu dan beramah mesa dengan rakyat di pelbagai lokasi.

“Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia MADANI pada kali ini juga mendapat kerjasama di kalangan Kementerian dan Jabatan Persekutuan termasuk Kerajaan Negeri. Hal in membolehkan kos penganjuran dapat dikurangkan terutamanya dari segi sumber manusia dan keperluan logistik yang lain,” kata kenyataan itu lagi.

Selain itu, penganjuran tersebut juga memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan untuk menjana ekonomi.

Untuk rekod, kerajaan campuran mengadakan rumah terbuka di enam negeri.

Pengkritik melihat langkah tersebut susulan enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan tidak lama lagi dan mendakwa kerajaan menggunakan program tersebut untuk menarik sokongan pengundi nanti.

Berita berkaitan
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
6 jam lalu· Politik
PRN: Bersih gesa SPR buka permohonan undi pos segera
8 jam lalu· Politik
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
8 jam lalu· Politik
DAP dan PKR dijemput ke Perhimpunan Agung UMNO, kata Asyraf Wajdi
8 jam lalu· Politik
Popular
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
June 2, 2023
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
June 2, 2023
Aysraf tegur Puad kritik Rafizi
June 2, 2023
Zahid bawa UMNO tumpang rezeki DAP: Wan Saiful
June 2, 2023
Lagi Politik terkini
Dana judi : Parti politik disiasat jangan panik, kata Azalina
28 minit lalu · Politik
Bukan korek cerita lama, mahu harta rakyat dipulangkan: PMX
2 jam lalu · Politik
Proklamasi Orang Melayu: Tun M disiasat polis
5 jam lalu · Politik
PN boleh tawan Selangor dengan formula satu lawan satu
6 jam lalu · Politik
Muhyiddin sedia kerjasama semula dengan Tun M
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
June 1, 2023
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
June 1, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok