Tiga rumah terbuka di negeri PN anjuran kerajaan pusat: PMO

April 28, 2023 · Politik

Kerajaan Persekutuan hanya terlibat dalam penganjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri 2023 di tiga negeri sahaja iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu, demikian menurut Jabatan Perdana Menteri (PMO).

Menurut kenyataan PMO, penganjuran rumah terbuka di tiga negeri yang diperintah Perikatan Nasional (PN) adalah dibawah kerajaan pusat, sementara penganjuran majlis rumah terbuka di Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Selangor pula dianjurkan oleh kerajaan negeri masing-masing.

“Selaras dengan konsep Malaysia MADANI, penganjuran kali ini adalah dengan kerjasama strategik kerajaan negeri selain kementerian peneraju yang turut dilantik bagi membantu pelaksanaan majlis,” menurut kenyataan itu dilapor Bernama.

Menurut JPM, Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri 2023 itu memberi ruang dan peluang kepada Perdana Menteri dan anggota Jemaah Menteri menyantuni rakyat yang sebelum ini tidak pernah berpeluang meraikan sambutan Aidilfitri bersama pemimpin negara kerana kesukaran untuk berkunjung ke Seri Perdana.

JPM berkata rumah terbuka di tiga negeri anjuran kerajaan Persekutuan menyasarkan jumlah keseluruhan pengunjung sekitar 55,000 orang.

“Hanya di Kedah berstatus nasional iaitu 25,000 orang pengunjung manakala di Kelantan dan Terengganu masing-masing disasarkan 15,000 orang pengunjung,” katanya.

Menurut JPM, jumlah penganjuran di Seri Perdana sebelum ini boleh mencecah sehingga 100,000 pengunjung.

JPM berkata penganjuran rumah terbuka itu membolehkan perbelanjaan dilakukan secara berkesan melalui penganjuran secara bersasar, perkongsian sumber, tenaga kerja dan kemahiran melalui kerjasama strategik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta majlis yang turut diadakan secara bersekali.

“Kaedah penganjuran bersama ini juga diyakini dapat mengukuhkan hubungan antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri,” menurut JPM.

Orang ramai dijemput hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia MADANI Bersama YAB Perdana Menteri yang bermula di Kedah esok (29 April 2023/Sabtu), bertempat di Hotel Raia, mulai 10 pagi hingga 2 petang.

Berita berkaitan
Zaid Ibrahim disiasat bawah Akta Hasutan, diambil keterangan
September 21, 2023· Isu semasa
Sekat peruntukan kepada Ahli Parlimen PN, itu Madani ke? soal MP Kuala Krai
September 14, 2023· Politik
Hanya Hassan persoalkan langkah kerajaan Anwar bebaskan Zahid
September 5, 2023· Politik
JPM umum peletakan jawatan Pengerusi Suhakam sebelum tamat tempoh kontrak
August 29, 2023· Isu semasa
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
24 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023 · Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023 · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok