Menteri PAS, Bersatu utus surat kepada Agong maklum tak setuju PRU semasa banjir

October 6, 2022 · Isu semasa

Surat menyatakan pendirian tidak bersetuju pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan semasa musim banjir pada tahun ini juga dihantar oleh Menteri PAS dan Bersatu kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menurut laporan MalaysiaNow, semua 12 Menteri dari kedua-dua parti dalam kerajaan itu menyatakan pendirian PRU-15 tidak sepatutnya diadakan semasa musim tengkujuh dan surat tersebut ditandatangani pada 3 Oktober lalu dihantar kepada Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, bagi menunjukkan Kabinet tidak sebulat suara mengenai keputusan membubarkan Parlimen.

Laporan tersebut juga membangkitkan berhubung ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengenai hujan lebat dan kejadian banjir berikutan peralihan monsun dalam beberapa minggu akan datang, di mana ia boleh menjejaskan pengundian PRU-15 jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat.

Surat itu juga turut menyeru supaya tumpuan diberikan kepada usaha pemulihan ekonomi berikutan lebih daripada dua tahun negara dilanda pandemik Covid-19.

Spekulasi bertiup kencang Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan menghadap Agong pada minggu ini bagi memohon pembubaran Parlimen selepas mendapat mandat daripada UMNO untuk mempersembahkan cadangan PRU-15 diadakan segera.

UMNO juga dilihat membuat pelbagai persediaan sebagai isyarat PRU-15 akan diadakan pada masa terdekat.

PRU-15 sepatutnya diadakan tahun depan selepas penggal tamat.

Perikatan Naisonal dan gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) membantah sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk mengadakan pilihan raya, mengatakan tumpuan harus diberikan kepada pemulihan ekonomi yang baru pulih selepas pandemik, selain persediaan menghadapi banjir tahunan, di mana pada 2021, bencana alam itu meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerugian berbilion ringgit.

Semalam, PH mengumumkan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, tiga negeri yang diterajuinya tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun ini, mengatakan pilihan raya di peringkat negeri itu hanya akan diadakan tahun depan supaya pihak berkuasa boleh mengutamakan persiapan menghadapi banjir.

Minggu lalu, MetMalaysia memberi amaran hujan lebat dan ribut petir akan berterusan sehingga November, ketika negara bergerak melalui fasa peralihan monsun menandakan berakhirnya monsun barat daya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok