Layanan istimewa kepada Najib, Kadir cadang PM tukar slogan ‘Keluarga Merpati’

September 22, 2022 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dicadang supaya menukar slogan pentadbirannya kepada “Keluarga Merpati”, kata Datuk A Kadir Jasin.

Kadir yang juga bekas Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) itu mengkritik susulan pendedahan Datuk Seri Najib Razak yang bergelar banduan kini menerima layanan istimewa selepas pengesahan beliau ketika ini tidak berada di Penjara Kajang.

“Tetapi kalau Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, kerajaan dan Umno berasa terikat untuk memberi layanan istimewa kepada merpati, saya cadangkan tukar slogan Keluarga Malaysia kepada ‘Keluarga Merpati’ dan UMNO kepada ‘United Merpati National Organisation’,” katanya dalam satu kenyataan.

Kritikan Kadir itu hadir selepas pengesahan Jabatan Penjara Malaysia bahawa Najib kini sedang berada di Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC).

Kadir juga menggesa kerajaan supaya tidak memberikan layanan istimewa kepada Najib kerana beliau berstatus banduan yang mencuri duit rakyat.

“Banduan, banduanlah tak kira status mereka sebelum jadi banduan. Tapi jenayah seseorang banduan dan kesannya ke atas masyarakat berbeza.

“Misalnya banduan yang bersalah melakukan perbuatan bastialisme dengan kambing, kesannya ke atas masyarakat hampir tidak ada. Tapi seorang perdana menteri yang menyeleweng berpuluh juta ringgit duit tabung pencen kakitangan awam meninggalkan kesan yang sangat buruk.

“Jadi cukuplah kerajaan berlembut dan memberi layanan berbeza kepada merpati. Janganlah jadikan layanan berbeza kepada merpati sebagai duluan (precedent) untuk bakal-bakal jailbird kelas kayangan yang lain. Manalah tahu mereka pun akan mengikuti merpati ke penjara,” katanya lagi.

Selain itu, Kadir juga menyindir gelaran “merpati” tular diberikan kepada Najib yang disifatkannya sudah berak atas kepala rakyat.

“Tapi saya kata, nama kod itu boleh dipertahankan sebab, macam merpati yang suka berak atas kepala manusia, Najib telah berak atas kepala kita, rakyat jelata Malaysia,” katanya lagi.

Semalam, Jabatan Penjara mengesahkan Najib sedang mendapatkan rawatan dan pemantauan lanjutan di HRC.

Jabatan itu memaklumkan pihak Hospital Kuala Lumpur telah merujuk Najib ke HRC pada Isnin lepas.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024· Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Baik dan buruk apabila guru berpolitik
February 7, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok