Pengundi boleh pecat wakil rakyat tak berfungsi pada masa depan: Wan Junaidi

July 30, 2022 · Isu semasa

Sekiranya seseorang wakil rakyat ti­dak berfungsi atau bermasalah di ka­wasan masing-masing, pengundi mungkin boleh memecat wakil yang mereka pilih tersebut pada masa depan nanti.

Undang-undang bagi memberi hak kepada pengundi untuk memecat wakil rakyat sedang dirangka dan dipertimbangkan kerajaan untuk memperluaskan kuasa pengundi, kata Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), rakyat boleh menghan­tar petisyen kepada kerajaan untuk memilih wakil rakyat baharu me­nerusi pilihan raya.

Perkara tersebut bukan luar bia­sa kerana sudah di­kuat­kua­sa­kan di beberapa negara se­perti di Uni­ted Kingdom dan New Zealand.

Menurut beliau, tin­dakan ahli parlimen yang dipi­lih jelas me­langgar Perlembagaan se­kali gus mengkhianati mandat rak­yat.

Oleh itu, kata beliau, dalam isu tersebut, kos untuk mengadakan semula pilihan raya di kawasan terlibat bukanlah isu utama sebaliknya apa yang le­bih penting adalah memperta­hankan demokrasi negara.

“Apa yang mereka buat se­perti lompat parti bercanggah dengan Perlembagaan dan apa­bila mereka hilang keahlian parti, maka pilihan raya perlu diadakan.

“Ada yang tanya macam mana dengan kos pilihan raya nanti? Demokrasi ini tidak boleh dinilai dengan harga, pilihan raya tetap perlu dibuat. Sebab itulah, rakyat kena pilih betul-betul, perlu nilai betul- betul,” kata beliau dipetik laporan Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, Wan Junai­di berkata, keputusan untuk melaksanakan pilihan raya se­mula belum dimuktamadkan setakat ini.

“Kita memang ada berbincang, taklimat juga diadakan bersama ahli-ahli parlimen mengenai perkara itu untuk memberi kebenaran kepada rakyat di kawasan masing-ma­sing untuk menilai ahli parlimen masing-masing.

“Sekiranya ahli parlimen bermasalah, ahli parlimen tak buat kerja, mereka boleh kemuka petisyen untuk pilihan raya semula.

“Tetapi kita belum buat lagi… jika ada keperluan dan desakan ramai, maka kita akan buat. Cuma pilihan raya semula ini perlu ada aktanya sendiri, ia tidak melalui pindaan Perlembagaan mahupun Akta Suruhanjaya Pilihan Raya 1957 tetapi sebagai Akta Parlimen,” katanya lagi.

Terdahulu, pindaan Perlembagaan mengenai peruntukan larangan ahli parlimen lompat parti diluluskan Dewan Rakyat dengan undi majoriti dua pertiga ahli Dewan, dengan seramai 209 ahli Parlimen bersetuju dan 11 ahli Parlimen tidak hadir menerusi undi belah bahagian.

Berita berkaitan
Ahli Parlimen blok kerajaan juga tak setuju cukai SST dinaikkan
March 5, 2024· Isu semasa
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok