Elak jadi mangsa penipuan scammer

June 13, 2022 · Isu semasa

Kejadian penipuan atau scammer semakin merisaukan kerana ada sahaja yang menjadi mangsa tanpa mengira latar belakang seseorang itu.

Antara yang menjadi mangsa termasuk mereka yang berpendidikan tinggi seperti guru, pensyarah dan bermacam lagi bekerjaya profesional.

Kebanyakan mangsa tertipu dengan taktik penyamaran scammer yang menggunakan jawatan penguatkuasa seperti polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pelbagai lagi agensi kerajaan.

Taktik ini dilihat bertujuan menakut-nakutkan mangsa menyebabkan ada yang kerugian sehingga ratusan ribu ringgit.

Terbaharu, seorang warga emas yang juga jurujual kenderaan mendakwa kerugian RM697,000 akibat diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar kononnya Pengarah di Bukit Aman dikenali sebagai ‘Datuk Suhaimi’.

Pemerhati isu jenayah, Emad Nurdin Morshidi berkata, faktor seseorang itu boleh menjadi mangsa scammer adalah keadaan terdesak yang menyelebungi dirinya terutama sejak penularan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun bermula.

Menurutnya, ekoran penularan Covid-19 itu, ramai yang kehilangan kerja dan keadaan itu memaksa mereka untuk mencari duit sehingga melibatkan diri mereka dalam skim cepat kaya yang sememangnya semakin popular dan berleluasa.

Hakikatnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertungkus-lumus melakukan kempen tidak kira menerusi laman sosial mahu pun secara fizikal, kes tetap berlaku. Kerugian bukannya kecil, ada yang hingga berjuta ringgit.

Segala wang simpanan termasuklah di Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) habis licin diperah scammer.

Ini modus operandi jenayah penipuan yang dikesan bagi mengaut untung memperdaya mangsa.

Jenayah penipuan online hari ini meliputi pelbagai antaranya African Scam, Love Scam, Parcel Scam, pembelian online, pinjaman tidak wujud (PTW) dan yang paling popular iaitu Macau Scam.

Ambil contoh Macau Scam, modus operandi jenayah ini adalah sama dan kerap kali diulas oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) PDRM.

Scammer ini akan memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa misalnya polis, kastam, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), mahkamah mahu pun perkhidmatan penghantaran. Mangsa akan ditakutkan kononnya mempunyai tunggakan saman, barang yang tidak lulus atau rekod jenayah.

Suspek akan berhubung melalui WhatsApp. Bagi memastikan bukti penipuan itu mudah dikesan, suspek mengarahkan mangsa untuk memadamkan perbualan telefon (WhatsApp) dan menghapuskan slip bank yang berkaitan bagi menghilangkan bukti dan keterangan.

Tidak cukup dengan itu, mangsa juga diarahkan untuk merahsiakan perkara itu daripada keluarga dan kawan-kawan.

Mengapa kes ini masih berlaku?

Mereka sebenarnya hanya ‘mencuba nasib’ dengan menghubungi bakal mangsa secara rawak. Jika mengetahui modus operandi atau taktik yang sering digunakan oleh sindiket tersebut, risiko anda menjadi mangsa dapat dikurangkan.

Rahsianya ialah jangan cepat teruja jika menerima berita gembira seperti memenangi hadiah lumayan atau sejumlah wang yang banyak. Pada masa sama, tidak panik atau takut apabila diberitahu perkara seperti akan ditangkap pihak berkuasa kerana terbabit dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.

Malah dengan pengetahuan mengenai scammer, anda boleh boleh menghiburkan diri dengan mengenakan semula scammer seperti `hai, rajinnya awak. Hari Ahad pun kerja’ (bagi negeri yang cuti pada Sabtu dan Ahad) apabila menerima panggilan dari mahkamah pada hari Ahad yang memberitahu ada waran tangkap terhadap anda.

Petua paling mudah mengelakkan menjadi mangsa ialah bertenang sahaja. Kadang-kadang scammer yang lebih terdesak untuk membuat kerja dengan cepat. Elakkan membuat sebarang keputusan atau tindakan melalui telefon, mesej atau e-mel.

Jika scammer memberitahu anda terbabit dalam sesuatu kesalahan berkaitan mana-mana agensi kerajaan pun seperti PDRM atau LHDN, pergi sendiri ke agensi berkenaan untuk mendapatkan makluman sahih.

Kerajaan sebenarnya tidak berdiam diri dan telah mengambil tindakan terhadap scammer. Setakat ini, lebih 1.6 bilion panggilan telefon dan 1,500 laman sesawang mencurigakan disekat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Malah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil PDRM atau Commercial Crime Investigation Department (CCID) telah membangunkan sistem dan aplikasi yang membolehkan orang ramai menyemak mana-mana akaun bank dan nombor telefon yang diragui.

Melalui semakmule.rmp.gov.my atau menggunakan aplikasi Check Scammers CCID, jika individu tersebut mempunyai rekod jenayah, maklumat mengenai nombor akaun bank dan nombor telefon itu akan terpapar.

Berita berkaitan
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024· Isu semasa
Polis sedang kesan individu hina Sultan Selangor, dipercayai berada luar negara
March 27, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
PMX ajak golongan pekerja perangi rasuah
May 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok