Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan

December 5, 2023 · Isu semasa

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sedang dalam proses menyelesaikan saman yang difailkan oleh LHDN untuk mendapatkan balik tunggakan cukai pendapatan lebih RM9.41 juta yang terhutang olehnya.

Peguam Datuk Seri Rajan Navaratnam yang mewakili Muhammad Shafee, memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain bahawa pihak-pihak juga memohon penangguhan pendengaran hari ini kerana perkembangan baharu (untuk menyelesaikan saman itu), lapor Bernama.

Mahkamah dijadual mendengar permohonan LHDN untuk penghakiman terus terhadap Muhammad Shafee hari ini.

(Penghakiman terus diperoleh apabila mahkamah memutuskan sesuatu kes melalui penghujahan bertulis tanpa perbicaraan penuh dan memanggil saksi).

Roz Mawar kemudian menetapkan 8.30 pagi pada 15 Dis untuk mendengar permohonan penghakiman terus oleh LHDN.

“Jika tiada penyelesaian, saya perlu meneruskan kes ini. Kes ini sudah terlalu lama,” katanya.

Sementara itu, Rajan memberitahu pemberita bahawa kedua-dua pihak sedang berunding untuk kemungkinan bagi penyelesaian kes.

“Kami sedang mempertimbangkan sama ada ia boleh diselesaikan secara baik,” katanya.

Peguam Kanan Hasil Al-Hummidallah Idrus yang mewakili LHDN, berkata LHDN telah memberi maklum balas terhadap cadangan yang dihantar Muhammad Shafee bulan lepas untuk menyelesaikan kes itu.

Pada 27 Sept 2021, LHDN memohon samannya terhadap Muhammad Shafee yang difailkan pada 6 Mei lepas, diputuskan melalui penghakiman terus, atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh yang ditetapkan.

LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar jumlah cukai pendapatan yang terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan ke atas jumlah yang dikenakan.

Pada 28 Okt tahun lepas, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Muhammad Shafee atas dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.

Bagaimanapun, pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan mahkamah itu pada 1 Nov tahun lepas.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Popular
Hakim diberi pilihan guna budi bicara dalam hukuman mati: PM
June 10, 2022
Waktu operasi pejabat Imigresen keluar pasport diubah mulai 15 Ogos
August 12, 2022
Penulis buku Daim Zainuddin diperintah bayar saman RM1.2 juta
June 6, 2023
Kerajaan ‘u-turn’, adakah menteri tak bincang dengan PMX dalam mesyuarat Kabinet?
June 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok