Anwar naik angin selepas disindir bekas Peguam Negara tak jadi PM

June 12, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang sabar dengan bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas yang dilantik semasa era kerajaan Pakatan Harapan (PH) oleh Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Presiden PKR itu yang disindir Tommy sebelum ini kerana kegagalannya untuk menjadi Perdana Menteri (PM) dengan disuruh ‘melihat cermin dan bertanya pada diri’ mengapa belum menjadi pemimpin nombor satu negara sehingga kini.

Anwar membangkitkan sikap Tommy dengan mendakwanya memiliki unsur perkauman yang tebal, menghina penjawat awam dan menunjukkan pemikiran kolonial, ia seperti ditulis dalam bukunya, ‘My Story: Justice in the Wilderness’.

“Tommy Thomas juga harus melihat cermin kerana ketika menjadi Peguam Negara dan dalam bukunya, unsur perkauman tebal serta menghina keupayaan penjawat awam termasuk Jabatan Peguam Negara dengan melabel keseluruhannya secara melampau.

“Dia tidak boleh kata begitu. Takkan dalam ribuan (penjawat awam), tak ada seorang pun yang layak. Ini pandangan kolonial yang kita tolak,” katanya dipetik BH.

Anwar terdahulu melancarkan Buku Kombo Merdeka 65 Tahun karya Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar menempelak Tommy yang didakwa membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, apabila mendakwa PM kedua itu sebagai punca rusuhan kaum 13 Mei 1969.

“Sebagai mantan Peguam Negara, tak tahu peranan dia, tanpa bukti menyerang Tun Razak. Kalau dia bawa bukti, tak ada masalah.

“Ini termasuk juga kes bunuh yang masih di mahkamah tapi dia bagi pandangan. Pada masa itu dia Peguam Negara.

“Jadi ada juga kurang kebijaksanaan yang memerlukan dia melihat ke cermin,” katanya.

Berhubung persoalan gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar menjelaskan jawatan tertinggi kerajaan itu boleh dipegang jika beliau berkompromi dengan pendiriannya.

“Saya pasti sudah jadi Perdana Menteri jika saya kompromi (dengan pendirian saya). ‘Bail out’, katakan ya pada rasuah, katakan ya pada campur tangan dalam mahkamah.

“Adakah ini kegagalan? Pada pandangan saya ia satu pendirian berprinsip untuk menghormati undang-undang,” katanya.

Untuk rekod, Anwar sebelum ini bersekongkol secara belakang tabir dengan anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN), bagaimanapun gagal mendapat sokongan majoriti khususnya daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menjadi PM kelapan.

Sebaliknya, Zahid dan MP UMNO lain mengangkat Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok