Sembelih tidak ikut syarak: Jakim hantar pasukan audit ke Australia

May 28, 2022 · Isu semasa

Susulan laporan mengatakan ada rumah sembelihan di Australia yang tidak mematuhi syarak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan audit halal bagi melakukan pemeriksaan di semua loji penyembelihan yang membekalkan daging ke Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata pasukan itu akan dihantar segera, selepas Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc’ (SICHMA) di Australia, mengesahkan loji sembelihan Thomas Foods International (TIF) melanggar protokol halal dalam penyembelihan.

SICHMA adalah pihak berkuasa pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh Jakim.

“Sebelum Sichma membuat perakuan, kita terus ambil tindakan membatalkan dan menghentikan loji berkenaan sehingga siasatan dilakukan dan hari ini terbukti Sichma yang bertanggungjawab ke atas persijilan halal, telah membuat perakuan loji tersebut melanggar persijilan halal,” katanya, menurut laporan Bernama.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Bantuan Hari Raya Asnaf-QSR-SPE di KFC Simpang dekat Taiping, hari ini.

TFI yang turut membekalkan da­ging kambing ke Malaysia dilaporkan melanggar semua protokol halal setelah SICHMA melakukan siasatan audit dengan menemu bual penyembelihnya minggu lalu.

“SICHMA selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan mengesahkan perkara itu selepas badan tersebut menjalankan audit mengejut ke atas TFI pada 23 Mei lalu.

“Pengesahan itu dibuat menerusi satu e-mel SICHMA kepada penyelidik bebas Australia, Murray Hunter,” lapor Utusan yang turut menerima e-mel berkenaan.

Pada 13 Mei lalu, kelulusan penyembelihan yang diberikan kepada TIF digantung serta-merta sehingga suatu hasil siasatan menyeluruh diperoleh.

Mengulas lanjut Idris berkata sejak 13 Mei lalu, produk dari loji berkenaan tidak dibenarkan di import ke Malaysia.

“Produk dari loji tersebut yang masih ada di pasaran, diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan perkara melibatkan status halal, dan mana-mana loji yang sembelihan meragukan boleh terus dilaporkan kepada Jakim untuk siasatan.

Berita berkaitan: Daging TFI Australia tidak halal, sembelih tak ikut syarak: Laporan 

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Kerajaan kekal pendiriian tolak LGBT, kata menteri
October 18, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
Kembalikan deria bau
November 9, 2021
Ulasan: Rafizi oi! Barang apa dah turun harga?
January 23, 2023
Lelaki juga berisiko alami gangguan seksual
February 13, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok