Lelaki maut ditembak di Sungai Petani dikehendaki kes dadah, SOSMA

May 25, 2022 · Isu semasa

Lelaki berusia 36 tahun yang maut ditembak empat penyerang dari jarak dekat dalam kejadian berhampiran sebuah retoran di Jalan Kampung Baru di Sungai Petani hari ini, dikehendaki kerana kes dadah.

Mangsa juga dikehendaki mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kerana dipercayai terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan juga pengedaran dadah.

Dalam kejadian jam 12.38 tengah hari itu, suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya lapan das tembakan yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di badan serta muka dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa berusia 36 tahun dikatakan datang ke restoran terbabit bersama isteri, seorang kanak-kanak dipercayai anak angkat serta rakannya dan baru selesai membungkus makanan untuk dibawa pulang.

Bagaimanapun, sebaik membuka pintu kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya, mangsa dihampiri empat lelaki yang menunggang motosikal dan terus melepaskan tembakan dari jarak dekat dan difahamkan ketika itu isteri dan anak mangsa masih berada dalam kedai.

Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata, mangsa ditembak dalam jarak kira-kira satu meter sebelum dia rebah berhampiran MPV putih miliknya.

“Siasatan mendapati empat lelaki memakai topi keledar penutup penuh serta berjaket menghampiri dan melepaskan tembakan terhadap mangsa.

“Ketika itu mangsa dikatakan mahu masuk ke dalam kenderaannya dan hasil pemeriksaan lanjut kita menemui lapan kelongsong peluru,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian hari ini.

Memetik media Wan Hassan berkata polis masih menyiasat motif kejadian dan siasatan mengenainya akan dijalankan secara terperinci dan menyeluruh.

“Setakat ini, kita juga sedang mengesan semua suspek dan akan meneliti kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian bagi memudahkan siasatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Ramadan 2021 penuh dugaan, umat Islam Malaysia tetap sabar diuji
May 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok