Muhyiddin ajak rakyat doakan kesembuhan buat Dr Mahathir

January 23, 2022 · Isu semasa

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengajak rakyat mendoakan kesembuhan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Koronari (CCU) Institut jantung Negara (IJN) sejak tiga hari lalu.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang juga bekas Perdana Menteri turut mendoakan kesembuhan dan diberikan kesihatan yang baik kepada Dr Mahathir.

“Marilah kita sama-sama berdoa agar urusan rawatan Tun Dr Mahathir dipermudahkan dan beliau diberi kesembuhan dan kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Setiausaha Politik Dr Mahathir, Abu Bakar Yahya meminta orang ramai tidak terpengaruh dengan berita tidak sahih mengenai keadaan kesihatan Dr Mahathir yang sedang dirawat di IJN sejak semalam.

Beliau berkata orang ramai perlu menunggu maklumat perkembangan terkini daripada pihak yang sewajarnya terutama IJN yang mengendalikan rawatan Dr Mahathir.

“Saya tidak dapat ulas perkembangan Dr Mahathir (hari ini), disebabkan tidak berada di sana (IJN). Sebagaimana saya tegaskan, jangan dengar cerita yang bukan-bukan, sebelum ini pun IJN sudah mengeluarkan kenyataan,” katanya.

Ini kali kedua Dr Mahathir dimasukkan ke IJN dalam bulan ini selepas 7 Januari lalu apabila beliau menjalani prosedur perubatan elektif dan dibenar keluar enam hari kemudian.

Pada 16 Disember lalu, beliau turut dimasukkan ke pusat sama untuk pemeriksaan perubatan menyeluruh dan pemantauan lanjut sebelum dibenarkan keluar pada 23 Disember.

Semalam, anak perempuan Dr Mahathir, Datin Paduka Marina dalam kenyataan, memaklumkan bapanya berada di dalam keadaan stabil di IJN dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan.

“Sejak dua hari lalu, Tun Dr Mahathir Mohamad dirawat di IJN lanjutan prosedur elektif yang berjaya dilaksanakan pada 8 Januari lalu.

“Keadaan beliau kini stabil dan memberi tindak balas yang baik kepada rawatan. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan keluarga memohon agar rakyat mendoakan supaya beliau segera sembuh sepenuhnya,” katanya.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Teks Penuh Perbahasan Bajet 2024 Tan Sri Muhyiddin Yassin
October 18, 2023· Rencana
Pendapatan sejuta tapi dapat subsidi Tabung Haji, kata Anwar
October 17, 2023· Isu semasa
Popular
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Waktu kerja fleksibel bantu tingkatkan kualiti?
February 3, 2023
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok