Hakim dalam kes solar Rosmah kekal, mahkamah tolak permohonan

December 14, 2021 · Isu semasa

Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan akan kekal mendengar kes pengubahan wang haram dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Mahkamah membuat keputusan menolak permohonan isteri Datuk Seri Najib Razak tersebut supaya Mohamed Zaini menarik diri daripada pendengaran kesnya tersebut.

Untuk rekod, Mohamed Zaini juga Hakim perbicaraan bagi kes rasuahnya yang masih berjalan berhubung projek sistem tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak berjumlah RM1.25 bilion.

Beliau berkata, seorang hakim dikehendaki mempertimbangkan keterangan terhadap tertuduh secara berasingan dan bebas.

“Sebarang dapatan yang saya buat dalam kes solar itu kekal,” katanya sambil menambah bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini memutuskan bahawa seorang hakim, tidak seperti juri, dilatih dalam undang-undang untuk tidak bersikap berat sebelah walaupun membaca fakta berkaitan kes.

Kes rasuah itu akan bersambung pada 23 Dis manakala perbicaraan kes Pengubahan Wang Haram (AMLA) dan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN akan bermula 12 Jan.

Rosmah yang memfailkan permohonan pada 2 Nov lalu turut memohon perintah supaya kes pengubahan wang haram didengar di hadapan hakim Mahkamah Tinggi yang lain.

Pada 18 Feb, Zaini telah memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Rosmah dan memerintahkan beliau untuk membela diri atas tuduhan rasuah.

Rosmah mendakwa keterangan dan bahan bukti yang dikemukan di mahkamah dalam kes rasuah itu boleh mempengaruhi Zaini sama ada secara langsung atau tidak langsung sekiranya beliau turut mendengar kes pengubahan wang haram terbabit.

Rosmah berdepan 12 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatan kepada LHDN.

Peguam yang mewakili Rosmah, Geethan Ram Vincent, berkata beliau akan mendapatkan arahan selanjutnya sama ada untuk memfailkan rayuan berhubung keputusan mahkamah hari ini.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024· Isu semasa
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
4 loji Air Selangor beroperasi semula selepas berhenti tugas malam tadi
February 12, 2023
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Azizulhasni terima darjah Datuk Terengganu
July 18, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok