Penduduk flat Sungai Baru dijamin akan diberi keadilan, kata Shahidan

December 13, 2021 · Isu semasa

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, memberi jaminan isu pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini akan dilaksanakan secara adil dan mementingkan kepentingan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru.

Malah, beliau sendiri akan berunding dengan pemilik dan pemaju terbabit bagi memastikan persetujuan yang adil dapat dicapai, katanya lapor Bernama.

“Semua akan diberi keadilan sebaiknya. Kalau tidak pun saya akan kurangkan masalah di tahap yang minimum.

“Saya ingat pada Januari, saya kira akan selesaikan dan selepas itu kita akan lihat pembangunan Kuala Lumpur secara keseluruhan,” katanya dalam sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab usul yang dibawa Khalid Abd Samad (PH-Shah Alam) di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) berkaitan isu Sungai Baru, Kampung Baru.

Bagi menyelesaikan isu itu, Shahidan mencadangkan pemaju membayar dahulu nilai hartanah kepada pemilik dan membenarkan mereka membeli unit rumah gantian apabila ia siap dibina.

Langkah itu, katanya, bagi memastikan pemilik tidak menjadi mangsa rumah terbengkalai sekiranya pemaju tidak dapat melunaskan tanggungjawab mereka.

“Kita nak pastikan pemaju ada kekuatan kewangan dan bukan guna tanah untuk cari duit. Banyak pemaju kini boleh membayar dahulu,” katanya.

Terdahulu, ketika membahaskan usul itu, Khalid mempersoalkan tindakan kerajaan menggunakan peruntukan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah di kawasan itu bagi tujuan pembangunan semula oleh pemaju swasta.

Usul berkenaan turut dibahas tiga lagi Ahli Parlimen iaitu Datuk Dr Shahruddin Md Salleh (PEJUANG-Sri Gading), Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) dan Teresa Kok (PH-Seputeh).

Berita berkaitan
DAP semakin berani disebabkan UMNO hanya ‘penumpang’ dalam kerajaan
February 13, 2024· Politik
Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang
November 22, 2023· Politik
Selepas Vincent Tan, MB Selangor pula hantar surat tuntutan kepada Sanusi
August 10, 2023· Politik
MB Selangor tak jawab dokumen sulit skandal tanah dimiliki Chegubard
August 8, 2023· Politik
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Kerajaan perlu masa selesai kes pencen hakim menerusi proses mediasi
March 21, 2022
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok