Konsert Cold Play: Shahidan harap adegan cium sesama lelaki tak berulang

November 22, 2023 · Politik

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berharap episod adegan ciuman sesama sejenis yang berlaku sebelum ini semasa konsert kumpulan luar negara sebelum ini tidak berulang semula.

Ahli Parlimen Arau itu membangkitkan insiden melibatkan kumpulan The 1975 di Sepang sebelum ini selepas adegan bercium sesama lelaki berlaku dan berharap semasa konsert Cold Play yang bakal berlangsung tidak berulang lagi.

“Berikutan insiden biadap vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy dalam satu konsert di Litar Antarabangsa Sepang sebelum ini, menteri (Fahmi Fadzil) memaklumkan penyertaan kumpulan itu pada awalnya ditolak Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL).

“Namun kemudian, penganjur membuat rayuan dan kelulusan diberikan. Soalan saya kenapa pada mulanya tidak diluluskan dan atas dasar apa ia kemudiannya diberi kelulusan.

“Tahun ini, 450 permohonan (artis luar negara) dibuat, pasti akan ada lebih banyak insiden ditolak dan yang mengemukakan rayuan. Ini akan berlaku kelak, jadi apa usaha kerajaan untuk menyemak semula terutama memasukkan syarat ketat bagi menghalang artis (luar negara) yang ada propaganda, endoktrinasi serta rekod akhlak yang buruk daripada memasuki negara ini,” katanya ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 peringkat Jawatankuasa bagi KKD di Dewan Rakyat, hari ini.

Shahidan juga mengggesa Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menyemak semula syarat kemasukan artis luar negara untuk mengadakan persembahan atau konsert di negara ini.

Julai lalu, kemunculan kumpulan pop rock, The 1975 ketika Festival Good Vibes yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dikritik hebat kerana vokalisnya memperlekehkan undang-undang negara berkaitan isu lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) serta bercium dengan seorang anggota kumpulannya yang juga seorang lelaki.

Shahidan turut meminta penjelasan KKD sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah bagi membincangkan isu penganjuran konsert kumpulan Coldplay yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.

“Semalam Perdana Menteri maklumkan akan jumpa Mufti Wilayah berkaitan konsert Coldplay yang akan berlangsung hari ini, jadi apa hasil perbincangan itu.

“Apakah ada tindakan segera yang akan diambil kerana konsert ini akan berlangsung kurang 24 jam,” katanya.

Semalam, dalam sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, Anwar memaklumkan akan berbincang dengan Mufti Wilayah berhubung keperluan meneruskan penganjuran konsert berkenaan.

Berita berkaitan
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Guan Eng batal peruntukan UTAR, tapi Perikatan Nasional beri balik
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
17 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok