Gagal lunas ganti rugi, aset Sajat mula dilelong esok

December 13, 2021 · Isu semasa

Susulan kegagalan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz zaman atau Sajat membayar ganti rugi, aset miliknya akan mula dilelong esok pada pada pukul 10.30 pagi.

Sajat gagal membayar ganti rugi kepada stokis utama perniagaan bengkung dan girdle, OWA Resources dan tidak mengikut perintah mahkamah supaya membuat pembayaran tersebut.

Menurut perisytiharan jualan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Disember lepas, lelongan awam tersebut akan dijalankan di rumah Sajat yang beralamat di Premis No. 2, Jalan Polo 10/3, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

“Pihak defendan tidak membuat pembayaran setelah writ penyitaan dan penjualan ditampal di premis Muhammad Sajjad Kamaruz zaman pada 14 Disember lalu.

“Maka, mahkamah telahpun meluluskan permohonan plaintif agar semua barang yang disita supaya dilelong esok,” kata Nurul Hafidzah Hassan dan Zeti Zukifili dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors iaitu peguam kepada plaintif, OWA Resources Sdn. Bhd. dalam satu kenyataan hari ini.

Nurwati Hussin, 41, dan Mohamed Syakir Hussin, 32, dari OWA Resources yang merupakan bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle milik Sajat cuba mendapatkan semula wang mereka setelah pampasan sebanyak RM200,000 gagal dibayar usahawan itu.

Lelongan aset tersebut merupakan cara penyelesaian bagi menebus pampasan yang perlu dibayar oleh defendan.

Nurwati dan Muhammad Syakir yang bersyukur kerana nama mereka kini telah dibersihkan dan diberi peluang menetapkan kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku.

Mereka berlega hati yang pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh Sajat kini diketahui oleh semua dan hanyalah satu helah melalui pemanipulasian fakta.

Kedua-dua plaintif juga berkata yang mereka tidak pernah memfitnah Sajat malah merekalah yang difitnah.

“Keputusan mahkamah adalah testimoni yang sistem perundangan negara bersetuju dengan hujahan dan bukti-bukti yang telah dibentangkan oleh pihak plaintif,” tambah Nurul Hafidzah.

Orang ramai yang ingin membeli senarai barang-barang yang akan dilelong bolehlah datang ke alamat seperti yang tertera di atas.

Berita berkaitan
Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir
November 9, 2023· Isu semasa
Mangsa buli sekolah sehingga hilang pendengaran peroleh ganti rugi RM600,000 lebih
October 17, 2023· Isu semasa
Kes keluar parti: Zuraida diperintah bayar RM10 juta
June 23, 2023· Politik
Ketua UMNO gagal tangguh ganti rugi RM300,000 kepada MP DAP
March 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Sarawak tak kompromi kuasa autonomi Imigresen negeri
January 1, 2023
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Penduduk flat di Kampung Baru tak diusir semasa Ramadan: Shahidan
April 12, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok