Ramasamy berjaya kutip derma RM1.5 juta untuk bayar saman Zakir

November 9, 2023 · Isu semasa

Bekas pemimpin utama DAP, Dr P Ramasamy melancarkan kempen derma untuk membayar saman dalam kes fitnah kepada Dr Zakir Naik.

Bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang memberitahu sasaran kutipan derma untuk membayar ganti rugi dalam kes saman itu sudah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi dan berterima kasih kepada orang ramai yang membantunya.

“Kami telah mencapai sebanyak RM1,523,187.38 setakat jam 11 pagi. Terima kasih atas sokongan memberangsangkan.

“Pendanaan awam dari 2 November pada jam 2.30 petang hingga 9 November, jam 11pagi, 164 jam dan 30 minit. Kurang daripada tujuh hari,” katanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook.

Ramasamy juga turut memaklumkan kutipan dana itu dihentikan serta merta hari ini.

Ramasamy menyifatkan kejayaan itu sebagai usaha hebat daripada para penyumbang daripada segenap lapisan masyarakat dan merupakan hadiah Deepavali terbaik buat beliau.

Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada 2 November lalu memerintahkan Ramasamy membayar RM1.52 juta kepada penceramah berkenaan dalam tempoh 30 hari.

Zakir dilaporkan akan menyerahkan sepenuhnya pampasan yang diterima itu untuk membantu rakyat Palestin di Gaza.

Ramasamy pula dilaporkan mahu merayu keputusan kes terbabit di Mahkamah Rayuan.

Pada Oktober dan Disember 2019, Dr Zakir memfailkan dua saman berasingan mendakwa Ramasamy mengeluarkan lima kenyataan memfitnahnya.

Dalam pernyataan tuntutan, pendakwah dari India itu mendakwa Ramasamy memfitnahnya pada 10 April 2016, dengan memanggilnya ‘syaitan’ menerusi media sosial Facebook.

Dr Zakir yang bertaraf Penduduk Tetap, turut berkata Ramasamy memfitnahnya dalam satu lagi kenyataan disiarkan portal berita pada 1 Oktober 2017 dengan mendakwa Malaysia melindungi sebagaimana yang didakwanya pelarian dari India.

Saman kedua Dr Zakir dibuat kerana mendakwa Ramasamy memfitnahnya apabila mengulas berhubung kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) yang disiarkan portal berita pada 8 November 2019.

Berita berkaitan
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023· Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
Bapa tiga anak terlepas hukuman mati, bebas tuduhan edar dadah
November 22, 2023· Isu semasa
Bicara saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 13 Februari 2024
November 4, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok