Kes keluar parti: Zuraida diperintah bayar RM10 juta

June 23, 2023 · Politik

Datuk Zuraida Kamaruddin diperintah membayar RM10 juta kepada parti lamanya, PKR selepas meninggalkan parti tersebut sebelum ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan bekas Ahli Parlimen Ampang membayar tuntutan ganti rugi RM10 juta kerana melanggar syarat bon parti yang ditandatanganinya enam tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Akhtar Tahir memutuskan pihak membuat tuntutan tersebut berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Zuraida.

Peguam parti itu Navpreet Singh mengesahkan keputusan tersebut.

Zuraida merupakan bekas naib presiden PKR yang kemudian menyertai Bersatu dan selepas itu menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta kini terlibat dalam pertikaian dengan Presiden PBM Larry Sng.

Semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu, Zuraida kalah dalam pertandingan di kerusi Parlimen Ampang.

PKR, melalui Setiausaha Agungnya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memfailkan saman pada 2020 terhadap Zuraida, mendakwa beliau telah melanggar ikatan kontrak dengan menyertai Bersatu berikutan pertukaran kerajaan pada akhir Februari 2020.

Parti itu berkata ia mengikut Seksyen 71 Akta Kontrak untuk mewujudkan haknya untuk mendapatkan semula pampasan daripada faedah yang dinikmati Zuraida sebagai Ahli Parlimen Ampang serta seorang menteri.

Dalam pembelaannya, Zuraida mendakwa bon itu “tidak berperlembagaan”, sambil menambah PKR tidak boleh melaksanakan terma di bawah perjanjian itu kerana ia melanggar satu kebebasan berpersatuan di bawah Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

Berita berkaitan
Isu RM750 juta, PAS minta PMX beri penjelasan jangan melulu buat tuduhan
January 10, 2024· Politik
PAS bidas Anwar kekal jadi Menteri Kewangan, dulu kata nak berjimat
December 12, 2023· Politik
Speaker Dewan Negara tegur menteri tak hadir sidang
December 11, 2023· Politik
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Amirudin mahu dikekalkan sebagai MB Selangor
May 18, 2023
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024 · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok