RON97 naik satu sen mulai esok

October 6, 2021 · Isu semasa

Harga runcit petrol RON97 naik 1 sen kepada RM2.77 seliter berbanding RM2.76 seliter sebelum ini, menurut Kementerian Kewangan (MoF) hari ini.

Bagaimanapun, RON95 dan diesel kekal pada RM2.05 seliter dan RM2.15 seliter bagi tempoh bermula esok sehingga 13 Oktober ini.

MoF dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Mekanisme Penetapan Harga Automatik (APM).

Kerajaan mengekalkan paras harga siling RM2.05 seliter bagi petrol RON95 dan RM2.15 seliter bagi diesel, bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.

Bagaimanapun, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi harga paras siling yang ditetapkan.

Harga runcit mengikut formula APM bagi RON95 dan diesel meningkat lebih 10 sen berbanding harga siling yang ditetapkan.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza
October 16, 2023· Isu semasa
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Pakar ekonomi jangka OPR naik dua kali lagi, mungkin naik bayaran pinjaman
August 13, 2022
Pengarah sabotaj air berdepan SOSMA dibenar ikat jamin
April 16, 2021
Ramadan 2021 penuh dugaan, umat Islam Malaysia tetap sabar diuji
May 12, 2021
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok