Dikecam kenyataan minyak turun esok, PMX kata sekarang konteks sudah berbeza

October 16, 2023 · Isu semasa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan meneruskan pemberian subsidi kepada rakyat, namun menegaskan ia perlu dibuat penyasaran supaya ketirisan dapat dielakkan dan memastikan hanya rakyat yang layak sahaja mendapat manfaatnya.

Anwar semasa mengetuai pembangkang, Pakatan Harapan (PH) sebelum ini semasa kempen pilihan raya membangkitkan isu kenaikan harga minyak yang menekan rakyat, malah semasa dalam satu kongres sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) juga berkata harga minyak tidak turun kerana ketika itu masih belum menjadi kerajaan pusat.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pada masa ini, golongan maha kaya dan 3.5 juta orang asing turut menikmati manfaat subsidi yang diberikan kerajaan, lapor Bernama.

“Sejumlah RM81 bilion subsidi diberikan kerajaan, tertinggi di dunia. Walaupun saya dikecam ‘bila kita jadi kerajaan hari ini, minyak akan turun esok’, ia satu konteks yang berbeza kerana ketika itu harga minyak di Arab Saudi ialah 50 sen, sekarang harga di sana RM2.85 dan kita RM2.05.

“Minyak, ayam dan elektrik pula dinikmati oleh 3.5 juta orang asing, 10 peratus orang kaya dan ia tidak termasuk yang diseludup keluar. Disebabkan itulah perancangan perlu dilakukan untuk mengelakkan ketirisan berlaku,” kata beliau semasa berucap pada Majlis Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri Bagi Bulan Oktober hari ini.

Memberikan contoh subsidi diesel, Anwar berkata perlunya dasar untuk membaiki ketirisan diesel kerana kerajaan mendapati jumlah kereta tidak meningkat puluhan peratus, namun penggunaan diesel meningkat puluhan peratus.

“Sebelum Covid-19, banyak pengangkutan guna minyak diesel, itu kita faham. (Tetapi) sekarang kereta tak meningkat puluhan peratus tetapi penggunaan minyak diesel meningkat puluhan peratus.

“Maknanya minyak diesel itu dibawa keluar dari kapal laut dan sempadan, sebab itu sekarang kita buat dasar perbaiki tentang (subsidi) diesel,” kata beliau.

Berita berkaitan
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023· Politik
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Anwar kata sudah ada calon Menteri KPDN
November 24, 2023· Politik
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
16 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023 · Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023 · Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok