Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti

November 29, 2023 · Politik

Walaupun pelbagai langkah dan proses sudah diambil bagi menuntut hak rakyat warga Terengganu, namun kerajaan campuran masih tidak membayar wang royalti minyak dengan amaun sepatutnya kepada kerajaan negeri itu.

Jika kerajaan campuran masih berdegil untuk menafikan hak rakyat Terengganu, Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar tidak menolak mencari ikhtiar lain dengan memohon pertolongan kepada Allah yang lebih berkuasa bagi melawan kezaliman pemerintah.

Jelasnya, lebih kurang RM1 bilion lagi belum dibayar kerajaan campuran kepada Terengganu.

Katanya rundingan dengan kerajaan campuran masih lagi berjalan bagi memastikan hak rakyat Terengganu diperolehi.

“Seperti saya sebut dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) kita terus berunding dan jangan anggap kita hanya duduk diam, salah satu sebab kenapa saya dibawa ke parlimen kerana tekanan yang diberi sebegini rupa kita kena step up dan terus berusaha.

“Jadi pada saya sebagaimana yang orang lihat pada pilihan raya lalu kenapa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tegas mempertahankan hak negeri itu.

“Pada saya kerana mereka yang create Sanusi… mereka serang sampai begitu, apa pilihan yang dia (Sanusi) ada jadi kena lawan balik,” katanya dipetik laporan Harakah Daily.

Baru-baru ini, kerajaan Kelantan turut mendedahkan hanya menerima RM40 juta bayaran wang ihsan daripada royalti petroleum, berbanding sebelum ini lebih RM250 juta setahun.

Samsuri yang juga Naib Presiden PAS berkata, sama juga dengan negeri-negeri yang dibuli dan sebagainya apa pilihan negeri yang ada.

Kata beliau tak mungkin negeri terbabit duduk diam berterusan dengan diskriminasi kerajaan campuran terhadap kerajaan negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN).

“Dengan apa yang berlaku itu kita belum mula sembahyang hajat lagi. Saya ditekan oleh ramai kalangan pimpinan di negeri ini, kalau mereka tidak bagi juga kita sembahyang hajat.

“Saya sebut kepada mereka bersabar dahulu biar saya hantar mesej yang sama kepada pemimpin di Putrajaya.

“Saya sudah memberitahu pemimpin di Putrajaya saya menahan mereka supaya cool down, saya berusaha untuk bincang tetapi saya kata saya sudah bagi tahu Putrajaya. Berapa lama saya boleh bersabar.

“Nak tahan mereka daripada menganjurkan sembahyang hajat. Saya sudah memberitahu tahu mereka, sampai satu masa saya tidak boleh tahan saya akan membiarkan perkara itu berlaku.

“So when you do it, now or you want to wait, or you want to continue to see pressed us, up to you. Jadi kita tengoklah,” ujarnya.

Beliau yang juga calon PAS bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman berkata, manusia seumpama spring apabila ditekan mereka akan melompat tinggi.

Oleh itu kata beliau buat masa sekarang tumpuan diberi berbincang dengan kerajaan Pusat.

“Kita berunding elok-elok supaya kita win win tetapi bila dibuli ditekan what option do you have? Apa pilihan yang kita ada sedangkan life goes on di negeri,” tambahnya.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
3 jam lalu· Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Anwar pengkhianat sebenar, punca kerajaan PH tumbang pada 2020
November 13, 2022
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok