Keputusan jual Istana Raja Muda akan dikaji semula: MB Perak

September 19, 2021 · Isu semasa

Keputusan kontroversi kerajaan Perak untuk menjual Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar, Ipoh akan dikaji semula, kata Menteri Besarnya Datuk Saarani Mohamad.

Saarani berkata keputusan untuk menjual tapak bersejarah itu secara tender terbuka bagi laluan pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur akan dipertimbangkan semula dan akan dibincangkan dalam mesyuarat EXCO kerajaan negeri pada Rabu ini.

“Saya akan bawa balik perkara ini dalam mesyuarat EXCO pada Rabu untuk kita lihat kembali walaupun saya rasa itu adalah keputusan EXCO yang dibuat tahun lalu.

“Tetapi kita akan tengok semula selepas ada beberapa bantahan serta pandangan termasuk melalui laporan akhbar yang memaklumkan ada beberapa lagi kawasan bersejarah yang perlu dipelihara.

“Saya sudah maklumkan kepada Datuk Nolee (Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi- EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri) dan akan bincang semula perkara ini dalam mesyuarat nanti,” katanya.

Beliau ditemui semasa meninjau lokasi insiden kegagalan cerun di Seksyen 43.9 Laluan Persekutuan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Hadir sama, EXCO Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan Istana Raja Muda di Jalan Syed Abu Bakar yang dibuka untuk jualan secara tender terbuka mengejutkan pelbagai pihak kerana ia dianggap sebagai warisan sejarah Kesultanan Perak dan wajar dikekalkan dan dipulihara.

Istana itu bersama kawasan seluas kira-kira dua hektar ditender untuk pembangunan projek komersial dan bangunan bercampur.

Berita berkaitan
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Dakwaan polis halang upacara agama penganut Hindu berniat jahat
April 22, 2023· Isu semasa
Kritikan bekas ahli tak relevan, UMNO kekal kuat: MB Perak
April 16, 2023· Politik
‘Saya tak akan minta maaf kerana sampaikan suara pencarum KWSP’
April 7, 2023· Isu semasa
Popular
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Guan Eng kena kecam isu kaum lain jadi PM Malaysia
October 27, 2022
SC sahkan syarikat diketuai orang kuat Anwar disiasat: Laporan
January 21, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok