Dakwaan polis halang upacara agama penganut Hindu berniat jahat

April 22, 2023 · Isu semasa

Polis menyifatkan dakwaan pihaknya menghalang upacara keagamaan masyarakat Hindu di bandar raya ini seperti mesej yang ditularkan sejak semalam sebagai berniat jahat untuk menjatuhkan kredibiliti pasukan keselamatan itu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata pihaknya mengesan penyebaran mesej tular berunsur fitnah yang bertajuk “Ketua Polis Daerah Menghalang Kaum Hindu untuk Menunaikan Sembahyang Hajat di Buntong dalam Perayaan Tahunan Idugathu Kaliamman Buntong” semalam melalui aplikasi WhatsApp.

Beliau berkata, polis menghormati dan tidak menghalang mana-mana individu menjalankan aktiviti keagamaan seperti mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, dalam perkara itu, pihaknya hanya memberi nasihat dan meminta kerjasama pihak kuil supaya menangguhkan perarakan chariot dan kavadi pada 21 sehingga 23 April memandangkan tarikh berkenaan bertembung dengan tarikh perayaan Aidilfitri 1444H.

Menurutnya, dengan jangkaan kehadiran seramai 25,000 penganut di kuil berkenaan, sudah pasti perarakan dirancang itu akan meningkatkan aliran trafik dan menyebabkan kesesakan luar biasa, sekali gus risiko keselamatan ketenteraman awam di kawasan berhampiran.

“Bagaimanapun, pihak polis tiada halangan terhadap sebarang aktiviti keagamaan yang diadakan di dalam kawasan kuil terbabit. Beberapa wakil pihak penganjur aktiviti keagamaan itu juga sudah diberikan penerangan secara jelas mengenai perkara ini dan mereka memahami pandangan serta bersetuju dengan nasihat polis.

“Pihak penganjur juga sudah menafikan kepada pihak polis mengenai pembabitan mereka dalam penyebaran maklumat (mesej) palsu berunsur fitnah berkenaan yang mana kandungan penulisan itu berniat jahat dengan tujuan ingin menjatuhkan kredibiliti polis daerah Ipoh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan penulisan itu berdasarkan peruntukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak terperdaya oleh tuduhan tidak berasas dan membuat sebarang spekulasi mengenai kandungan pesanan WhatsApp terbabit sehingga menjejaskan kredibiliti polis mahupun mendatangkan kegusaran masyarakat,” katanya.

Menerusi mesej tular terbabit, ia antara lain meminta beberapa kenamaan antaranya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Menteri Besar Perak, dan Ketua Polis Perak agar mengambil perhatian terhadap tindakan polis daerah Ipoh yang tidak membenarkan perarakan terbabit.

Berita berkaitan
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
8 jam lalu· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Nepal cuba larikan kanak-kanak perempuan ditahan polis
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023
Tiada subsidi RON95 pada 2024 tapi hanya secara bersasar sahaja: Rafizi
November 27, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
6 jam lalu · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
7 jam lalu · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
7 jam lalu · Isu semasa
Operasi mencari mangsa dalam runtuhan gudang diteruskan
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok