
ADUN Kota Tampan Datuk Haji Saarani Mohamad gembila mendapat kerusi Menteri Besar kerajaan DAP-UMNO Perak.
Ahli akar umbi tidak perlu mendengar dan terpengaruh dengan kritikan bekas ahli yang sudah tidak bersama dengan UMNO lagi, kata Datuk Seri Saarani Mohamad.
Menteri Besar Perak itu berkata bekas ahli UMNO dibuang parti dan dikenakan tindakan yang banyak membuat kritikan kebelakangan ini sebagai tidak relevan dan digesa supaya tidak mencampuri urusan parti.
“Agak sukar apabila ketika ini orang di luar UMNO yang banyak bercakap mengenai parti ini. Kalau sudah bukan ahli UMNO, tak perlu masuk campur hal parti.
“Bukan bermakna kita sombong sampai tak dengar cakap orang lain. Tetapi janganlah ia menjadi satu proses mengadu domba dan provokasi. Tak perlu, tak perlu. Cukuplah dengan apa yang telah kita lalui selama ini.
“Terima kasihlah sebab ramai berminat untuk bercakap perkara yang berkaitan dengan UMNO, tetapi UMNO yang akan buat keputusan. Apa pun keadaannya, UMNO yang akan buat keputusan.
“Kepada mereka yang berada di luar UMNO, sama ada bekas ahli UMNO dan sebagainya, terima kasih saya ucapkan kerana masih lagi prihatin dan ada rasa cinta kepada UMNO,” katanya dipetik laporan BH.
Saarani yang juga Pengerusi UMNO Perak berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan dibuat Pemuda UMNO Perak, sayap itu enggan melayan sebarang kritikan yang dibuat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, selepas dipecat daripada parti.
Beliau berkata, UMNO kini sudah berada di landasan betul dan biarlah segala kerosakan dalaman UMNO diperbaiki oleh kepemimpinan UMNO yang baharu.
“Perkara yang patut ditinggalkan, sudah ditinggalkan dan yang patut melalui pemutihan juga, sudah diputihkan.
“Jadi sekarang, biar kepemimpinan UMNO yang baharu memperbaiki segala kerosakan yang mungkin telah berlaku. Kita nak terus bergerak, melihat ke hadapan,” katanya.
Untuk rekod, Khairy sebelum ini dipecat parti sebelum pemilihan parti kerana hasratnya untuk mencabar jawatan Presiden UMNO tetapi sebaliknya jawatan tersebut tidak dipertandingkan.