Zuraida masih menteri, kata PM

May 28, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ismail Sabri berkata Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau sebagai Perdana Menteri tidak membuat keputusan.

Menurutnya Zuraida boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet akan diputuskan selepas mereka bertemu kelak, bagi membolehkan beliau mendapat pencerahan mengenainya.

“Saya tak pecat, dia masih menteri Kabinet sehingga mesyuarat (Kabinet) Rabu ini,” katanya menurut laporan Bernama ketika beliau bercakap kepada wartawan Malaysia di Tokyo pada Sabtu, di akhir lawatan kerja rasminya ke Jepun.

Pada Khamis (26 Mei) ketika Ismail Sabri berada di Jepun untuk lawatan kerja rasminya, media di Malaysia melaporkan Zuraida mengumumkan keputusannya meletak jawatan sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, serta meninggalkan parti Bersatu dan menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM).

Zuraida juga dilaporkan terus menyokong kerajaan yang dipimpin Ismail Sabri dan akan berjumpa Perdana Menteri dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya sebagai menteri.

Ismail Sabri berkata beliau hanya mengetahui mengenai isu Zuraida melalui liputan media, dan Zuraida masih belum menghubunginya sehingga kini.

“Sebelum dia hubungi, jumpa saya, dia (Zuraida) masih menteri, sebab dia kata dia akan jumpa saya dan berbincang dengan saya. Jadi tunggu saya balik dulu, dia bincang dengan saya, baru kita buat keputusan,” katanya.

Ismail Sabri berkata beliau menghormati pelbagai pandangan berhubung Zuraida, namun keputusan akhir mengenai kedudukan Zuraida masih terletak pada beliau.

Ditanya jika beliau akan menerima peletakan jawatan Zuraida selepas mereka bertemu kelak, Ismail Sabri berkata:

“Saya tak nak cakap pasal ‘jika’ ini. Kita seberangi jambatan, baru kita buat keputusan. Sekarang jambatan pun tak nampak lagi.”

Ismail Sabri juga berkata sebarang perubahan pada Kabinet perlu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kalau ada pelantikan baharu, angkat sumpah, ia bukan satu perkara yang mudah. Saya mesti menghormati Agong,” katanya.

Ditanya adakah Kabinet pimpinannya masih utuh dengan tindakan Zuraida, Ismail Sabri berkata: “Tiada isu sangat.”

Menurutnya pandangan ‘orang luar’ mungkin menyangka Kabinet hari ini ‘kelam kabut’ kerana dianggotai pelbagai parti, namun sebenarnya anggota Kabinet sekarang akan meninggalkan segala perbezaan politik ketika membuat keputusan demi kepentingan negara.

“Bila masuk Kabinet, kita tinggalkan perbezaan contohnya di (pilihan raya negeri) Johor dan Melaka, kita tak bawa pun dalam Kabinet. Fokus kita dalam Kabinet adalah untuk kepentingan negara dan rakyat tanpa mengira parti mana, kita buat keputusan secara bersama,” katanya.

Berita berkaitan
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
13 jam lalu· Isu semasa
Bekas menteri DAP tegur Menteri DAP dalam isu pegawai terlibat kes rasuah
May 28, 2023· Politik
Prestasi menteri kerajaan campuran semua memuaskan, kata Zahid
May 27, 2023· Politik
Sidang Dewan Rakyat Kedua, isu rasuah Menteri DAP dan pegawai dijangka hangat
May 22, 2023· Isu semasa
Popular
KBS jawab Ismail Sabri, peruntukan RM20 juta bina litar tak pernah diluluskan
May 29, 2023
Gabenor BNM, jangan bagi kenyataan gula-gula, tegur MP kerajaan
May 28, 2023
Hadi ucap tahniah atas kemenangan Erdogan
May 29, 2023
Zahid mahu SKMM ambil tindakan terhadap Telegram
May 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
LCS: Anwar cakap tak serupa bikin
22 minit lalu · Isu semasa
Menu Rahmah berjaya turun inflasi harga makanan, kata Salahuddin
2 jam lalu · Isu semasa
Ringgit ditutup rendah, harga minyak juga jatuh
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Aerotropolis: Sanusi kata susah betul nak dapat jumpa PMX
3 jam lalu · Isu semasa
Raja Arshad dilantik sebagai Pengerusi baharu PNB bermula 1 Jun
3 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Menuduh tanpa bukti tak adil, rakyat akan sedar penipuan Anwar
15 minit lalu
[VIDEO] KJ syor Tengku Zafrul calon MB Selangor jika PH-BN menang di Selangor
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok