Zahid tukar reka bentuk LCS walaupun TLDM tidak setuju

August 17, 2022 · Isu semasa

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menukar reka bentuk kapal tempur pesisir pantai (LCS) daripada Sigma kepada Gowind pada 2011, bertentangan dengan pendirian Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Perkara itu didedahkan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan enam LCS yang dinyahklasifikasi, dan diterbitkan dalam portal Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), hari ini.

Menurut laporan itu, Zahid pada mulanya bersetuju dengan pendirian TLDM untuk memilih reka bentuk Sigma dari Belanda, selepas mendapat taklimat daripada TLDM pada 26 Mei 2011.

Namun, Presiden UMNO itu mengubah keputusan berkenaan kurang dua bulan kemudian dan memilih reka bentuk Gowind dari Perancis pada 11 Julai 2011, selepas disyorkan oleh syarikat Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan Naval Group.

“Akan tetapi, disebabkan oleh cadangan yang dikemukakan oleh pihak syarikat iaitu BNS maka reka bentuk tersebut telah ditukar kepada Gowind iaitu dari Perancis.

“Kedua-dua syarikat tersebut telah menjelaskan kelebihan reka bentuk Gowind dan menunjukkan bahawa reka bentuk Gowind adalah reka bentuk yang terbaik di dalam memenuhi keperluan dan penggunaan kapal-kapal LCS di Malaysia,” kata laporan itu.

Zahid menukar pendirian itu hanya dua hari setelah mendapat surat daripada BNS pada 8 Julai 2011 yang mengesyorkan pemilihan reka bentuk Gowind, sebelum BNS mengeluarkan surat niat kepada syarikat subkontraktor Perancis, DCNS pada 13 Julai 2011 untuk memulakan proses reka bentuk konsep dan penilaian reka bentuk.

“Panglima Tentera Laut ketika itu, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, mempertahankan pendirian dan konsisten memilih reka bentuk Sigma dari Belanda dalam pembinaan LCS.

“Ini jelas diperlihatkan dalam surat Panglima Tentera Laut kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan pada 17 Ogos 2011 dan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 7 September 2011,” menurut laporan itu.

Laporan itu juga menyatakan pihak TLDM tidak bersetuju dengan cadangan reka bentuk Gowind tetapi terpaksa akur memandangkan keputusan dibuat oleh pihak pengurusan atasan Kementerian Pertahanan.

“Sebenarnya TLDM tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, malahan kita juga dapati ada surat daripada Panglima Tentera Laut pada masa itu, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Jaafar yang menyatakan dengan jelas, di petik: “tidak pernah berlaku pemilihan reka bentuk yang ditentukan oleh kontraktor utama dan bukannya oleh pihak pengguna”.

Perolehan enam LCS telah diberi kelulusan oleh Kementerian Kewangan untuk dilaksanakan secara rundingan terus dengan nilai kontrak berjumlah RM9.128 bilion.

Tempoh kontrak bermula pada 3 Oktober 2013 hingga 2 Oktober 2023. Tujuan perolehan ini bagi meningkatkan keupayaan TLDM dalam melaksanakan pelbagai operasi.

Namun demikian sehingga kini tiada sebuah kapal LCS yang telah siap dibina. Ekoran daripada itu, laporan JKSTUPKK telah diterbitkan pada 20 Ogos 2019 dan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Pengauditan Pematuhan Kementerian dan Jabatan Persekutuan telah dibentangkan di Parlimen pada 24 Ogos 2020.

Berita berkaitan
Sebelum jadi PM semua nak reform, bila dah jadi PM lagi teruk: Dr Mahathir
November 13, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Bicara saman fitnah Dr Mahathir terhadap Zahid bermula 13 Februari 2024
November 4, 2023· Politik
Isu peruntukan kepada pembangkang, Anwar bertegas kena berunding terlebih dahulu
November 2, 2023· Politik
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Sekumpulan gajah di Gerik pijak kereta, sekeluarga berdepan keadaan cemas
November 27, 2023
Mahkamah tolak permohonan penghakiman terus syarikat barang kemas terhadap Rosmah
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Agihan saksama kepada sekolah cina walaupun tak dihargai
16 jam lalu
[VIDEO] Sanusi konsisten salur peruntukan pembangkang Kedah sejak 2020
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok