Zahid gesa tangani skandal LCS dengan bijaksana, bimbang mahkamah netizen

August 8, 2022 · Isu semasa

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang namanya terpalit dalam skandal kapal tempur pesisir (LCS) bernilai RM9 bilion menggesa kerajaan menangani isu tersebut dengan bijaksana bagi mengelakkan kekeliruan kepada orang ramai.

Bekas Menteri Pertahanan itu berkata isu LCS mendapat perhatian orang ramai dan mendapat perhatian dalam media sosial untuk disensasikan walaupun fakta tidak tepat, ia selepas pendedahan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) minggu lepas berhubung kepincangan dalam projek itu.

“Memang netizen cenderung suka perkara sensasi. Namun setiap fakta dan data perlulah diketahui secara lebih jelas dan tepat.

“Zaman netizen menjadi peguam dan hakim di jabatan netizen adalah zaman baharu selepas kepesatan teknologi mewabak hingga berlaku kekeliruan.

“Kekeliruan adalah disebabkan tidak dapat membezakan di antara yang palsu dan benar,” katanya dalam satu kenyataan di hantaran Facebook.

Untuk rekod, projek LCS tersebut diluluskan semasa era Zahid menjadi Menteri Pertahanan pada 2011 bernilai RM9 bilion tetapi sehingga hari ini tiada satu kapal yang berjaya disiapkan.

Zahid berkata kerajaan perlu memberikan penjelasan yang menyeluruh kerana projek tersebut pernah cuba dihentikan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Justeru pihak berkuasa dan kerajaan perlu memberikan perspektif yang menyeluruh. Asasnya apabila PH mengambil alih kerajaan dan cuba hentikan projek tersebut,” katanya lagi.

Dalam kenyataan itu lagi, Zahid juga berkata penukaran reka bentuk LCS walaupun tidak dipersetujui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dibuat atas alasan perubahan baharu dan lama yang perlu diberi penjelasan kepada pihak awam.

“Isu platform Sigma atau Gowind adalah produk lama dan baharu yang pihak terlibat lebih tahu dan perlu pencerahan kepada pihak awam,” katanya.

Zahid mungkin cuba merujuk pendedahan dalam laporan PAC berhubung tindakan Menteri Pertahanan yang tidak menghiraukan surat daripada TLDM berhubung isu penukaran reka bentuk kapal yang dibuat tanpa mengambil kira pandangan pengguna akhir.

Menurutnya lagi, jika penjelasan diberikan kepada umum berhubung LCS ia dibimbangi akan menjejaskan aspek keselamatan negara tetapi menggesa kerajaan menangani isu tersebut dengan bijaksana supaya tidak ditenggalami oleh mahkamah netizen.

“Justeru, pihak kerajaan perlu menangani isu ini dengan lebih bijaksana dan telus supaya tidak tenggelam oleh mahkamah netizen.

“Sekali lagi diseru agar PAC seharusnya lebih sensitif dalam mengendalikan keseluruhan proses siasatan, khususnya isu keselamatan negara kerana ia masih di peringkat siasatan,” katanya lagi.

Zahid sebelum ini dilaporkan berkata, beliau bukan Menteri Pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.

Isu LCS menjadi panas apabila PAC baru-baru ini, mengumumkan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek berkenaan selepas dua tahun disiasat.

PAC menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

Mengikut PAC, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

Berita berkaitan
Bekas ahli tak mahu subahat dengan pemimpin menyamak dan sucikan DAP
3 minit lalu· Politik
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
4 jam lalu· Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
5 jam lalu· Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
19 jam lalu· Politik
Popular
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
June 10, 2023
SPRM sahkan beku akaun bekas menteri kanan dalam siasatan dana RM2.3 bilion
June 9, 2023
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Lanjutkan pengecualian duti setem hartanah, kata persatuan kepada kerajaan
4 jam lalu · Isu semasa
Tajaan JPA bagi bidang perubatan pergigian dan farmasi dihentikan
5 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan buat pusingan U, umum subsidi ayam dan telur akan diteruskan
June 9, 2023 · Isu semasa
Khidmat Nor Shamsiah tak disambung, Shaik Abdul Rasheed jadi Gabenor baharu 1 Julai
June 9, 2023 · Isu semasa
Bank Negara jangka ringgit tak cecah paras RM5 berbanding dolar
June 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok