Wujud taktik baharu sindiket penipuan, LHDN gesa waspada

April 22, 2022 · Isu semasa

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengesan modus operandi baharu sindiket penipuan yang menggunakan nama pegawai lembaga itu bagi membuat perolehan serta pembelian aset daripada syarikat perabot.

LHDN dalam kenyataan hari ini memberitahu bahawa sindiket itu menyediakan dua kad nama palsu yang menggunakan nama pegawai LHDN bagi membolehkan mereka membuat pesanan pembelian peralatan perabot untuk kegunaan di pejabat LHDN, lapor Bernama.

“Bagi meyakinkan lagi mangsa, sindiket turut menyediakan Dokumen Pesanan Pembelian (Purchase Order) palsu mengandungi butiran jenis-jenis peralatan perabot yang ingin dipesan serta turut dilengkapi dengan tandatangan palsu pegawai LHDN,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, LHDN mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai LHDN bagi memperdayakan mangsa.

LHDN amat memandang serius terhadap perkara ini dan orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dengan setiap panggilan, e-mel mahupun surat atau dokumen yang meragukan dengan mendapatkan pengesahan daripada LHDN terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi dalam talian, menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas mengenai perkara itu boleh dibuat secara dalam talian melalui saluran HASiL Live Chat, borang maklum balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/ dan Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

Berita berkaitan
Rosmah mohon representasi baharu gugur 17 pertuduhan kes mahkamah
December 13, 2023· Politik
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023· Isu semasa
Sindiket pasport terbang berjaya ditumpaskan Imigresen Johor
December 5, 2023· Isu semasa
Cukai RM9.41 juta: Shafee dan LHDN dalam proses selesaikan tunggakan
December 5, 2023· Isu semasa
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok