Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp

December 7, 2023 · Isu semasa

CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran berhubung aktiviti penyamaran melalui akaun WhatsApp dengan menipu mangsa untuk memindahkan wang.

CyberSecurity Malaysia dalam kenyataan di laman Facebook memaklumkan terdapat aktiviti penipuan menggunakan aplikasi itu dengan pelaku menyamar sebagai individu dikenali mangsa sebelum menghantar satu pautan dan meminta mangsa untuk klik pada pautan berkenaan, lapor Bernama.

Menurutnya mangsa kemudian kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri.

“Penipu akan mengambil alih akaun WhatsApp yang diceroboh dan menggunakan identiti mangsa untuk melakukan penipuan. Penipu akan menyamar sebagai mangsa dengan menghantar mesej kepada kenalan-kenalan mangsa melalui akaun WhatsApp berkenaan,”
menurut kenyataan itu.

CyberSecurity Malaysia berkata penipu menggunakan teknik melibatkan kandungan teks yang mendakwa mangsa berada dalam situasi bahaya dan memerlukan bantuan atau pinjaman kewangan bagi membantunya keluar dari krisis atau kes kecemasan serta berjanji akan membuat pembayaran balik.

Dalam situasi ini, kenalan mangsa akan terpedaya dan mempercayai mesej itu dihantar oleh rakan mereka yang memerlukan wang.

“Nasihat kami agar orang ramai tidak klik pada sebarang pautan yang diterima melalui WhatsApp. Jangan buat sebarang pemindahan wang sebelum mendapat kepastian dan pengesahan kenalan,” menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut mengenai perkara berkenaan di https://www.mycert.org.my/portal/details.

Berita berkaitan
Kertas siasatan libatkan penipuan pelaburan ‘Datuk Wira’ dibuka
November 9, 2023· Isu semasa
‘Datuk’ palsu dikesan polis dalam kes tipu RM1 juta
October 31, 2023· Isu semasa
Scam pelaburan Forex: Polis tahan 58 individu
October 20, 2023· Isu semasa
Ditipu pelaburan mata wang kripto, pesara rugi RM4.4 juta
September 14, 2023· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
Kenapa harga ayam meningkat?
May 26, 2022
4,053 doktor kontrak dilantik ke jawatan tetap: Menteri Kesihatan
August 16, 2022
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok