Scam pelaburan Forex: Polis tahan 58 individu

October 20, 2023 · Isu semasa

Polis menahan 58 individu disyaki terlibat dalam kegiatan penipuan pelaburan Forex dalam talian menerusi serbuan di tiga premis pusat bangunan perniagaan di Bangsar, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata mereka terdiri daripada 24 lelaki dan 32 wanita tempatan, serta masing-masing seorang lelaki dan wanita warga asing berumur antara 20 hingga 59 tahun, lapor Bernama.

Beliau berkata dalam serbuan itu polis turut merampas 50 komputer riba, empat telefon bimbit pelbagai jenama, sembilan set komputer meja, satu modem Wi-Fi dan dua gegantung pengiklanan pelaburan yang digunakan bagi kegiatan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati adanya unsur penipuan pelaburan Forex secara dalam talian dan sindiket ini menggunakan platform media sosial bagi mempromosi serta menawarkan pelaburan dengan menyasarkan mangsa dari pelbagai negara antaranya Malaysia, Vietnam, China, Filipina, Singapura dan Eropah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Amihizam berkata kesemua suspek direman hingga Isnin ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420/511/120B Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, Amihizam berkata polis menahan dua lelaki tempatan berumur lingkungan 42 hingga 61 tahun kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di Taman Sri Petaling, semalam.

Beliau berkata hasil serbuan di kawasan tempat letak kereta Jalan Pasai 6 itu, polis merampas 20,000 pil Erimin 5 dianggar seberat 5.2 kilogram bernilai RM221,000 di dalam beg kanvas berwarna coklat.

“Seorang daripada lelaki itu positif terhadap dadah jenis amphetamine, ketamin dan benzo. Kedua-duanya direman hingga Rabu depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut Amihizam polis sedang menjalankan risikan serta siasatan bagi mengenal pasti ahli sindiket terlibat dan sumber bekalan dadah diperoleh.

Berita berkaitan
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023· Isu semasa
Kes empat beradik ditinggalkan, dua individu ditahan dipercaya ibu bapa
November 29, 2023· Isu semasa
Dadah bernilai RM5.43 juta dilupus Polis Johor
November 27, 2023· Isu semasa
Bayi lelaki ditemui tepi longkang dalam longkang ditinggalkan
November 26, 2023· Isu semasa
Popular
Yasin bebas pertuduhan kes dadah, diarah ke Hospital Bahagia
November 29, 2023
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
5 jam lalu · Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023 · Isu semasa
Mahkamah benarkan pasport Muhyiddin dipulangkan untuk sementara
November 29, 2023 · Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023 · Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok