Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita

September 25, 2023 · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dibidas sekumpulan wartawan terkemuka dan pemantau kebebasan media susulan tekanan yang diberikan terhadap pengamal media dalam negara.

Dalam kenyataan bersama itu, 19 individu dari seluruh media cetak dan penyiaran serta dua kumpulan pemantau di rantau Asia mempertikaikan langkah agensi tersebut memberi amaran kepada sebuah portal berita, MalaysiaNow dan memintanya menurunkan artikel berhubung kritikan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Alasan SKMM bahawa beberapa pelaporan telah ‘dijadikan senjata untuk memanipulasi kandungan serta mencetuskan rasa tidak hormat dan naratif yang mengelirukan’ sebenarnya menimbulkan lebih banyak persoalan.

“Bilakah masanya membuat laporan peristiwa yang berlaku menjadi satu kesalahan di negara ini?” menurut kenyataan itu, sambil menambah insiden di Dewan Rakyat pada 19 September, bagi menunjukkan ahli Parlimen berkelakuan tidak sopan Parlimen, disiarkan secara langsung untuk tatapan semua.

“Maka itu adalah tidak adil untuk menyalahkan mana-mana portal berita yang melaporkannya.”

Sambil melahirkan kebimbangan dengan beberapa amaran baru-baru ini, termasuk memanggil pengarang dan menyekat portal berita oleh SKMM, mereka berkata tindakan suruhanjaya itu mempertahankan ancaman terbarunya terhadap MalaysiaNow menunjukkan kedangkalannya dalam “memahami peranan dan tanggungjawab media”.

“Kami berpendapat SKMM sengaja mencari musuh yang salah bagi mewajarkan tindakannya.

“Pengamal media rata-rata memahami tanggungjawab mereka serta dipandu oleh profesionalisme dan etika kewartawanan.”

Menurut kumpulan itu walaupun mereka memahami bahawa tiada kebebasan media yang mutlak, namun media yang bebas dan bertanggungjawab adalah penting agar demokrasi berfungsi dengan baik.

Pada 20 September, SKMM, pengawal selia di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital diterajui Fahmi Fadzil, memberi tempoh dua jam kepada portal berita MalaysiaNow untuk menurunkan laporannya beritanya mengenai kekecohan di Dewan Rakyat selepas Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga ahli Parlimen Tambun melemparkan tuduhan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurut SKMM, ia “tidak mencerminkan konteks sebenar ucapan yang disebutkan” sambil menambah bahawa tajuknya “tidak sopan, penghinaan, atau jelik”, merujuk kepada perkataan “Tambun peliwat” yang diungkapkan oleh Radzi.

Radzi membangkitkan sabitan lalu Anwar kerana meliwat selepas beliau tidak berpuas hati dengan kenyataan speaker tiada salahnya Anwar membuat tuduhan jika beliau yakin dengannya.

MalaysiaNow enggan memenuhi tuntutan SKMM, dengan berkata ia tidak akan tunduk kepada tekanan dalam menjalankan tugas kewartawanannya.

Insiden itu menyebabkan wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin, yang juga antara individu yang menandatangani kenyataan hari ini, mengajukan soalan kepada SKMM adakah menjadi satu kesalahan bercakap mengenai kes mahkamah sebelum ini membabitkan perdana menteri.

“Setelah 10 bulan memerintah, tindak-tanduk sesetengah pemimpin kerajaan perpaduan dan agensi-agensi yang berkaitan dengan media massa memberi gambaran mereka kurang toleransi terhadap kebebasan bersuara dan perbezaan pendapat.

“Ada yang sampai membuat aduan polis,” kata Kadir, yang pernah mengetuai syarikat akhbar The New Straits Times Press.

Badan pemantau media antarabangsa Reporters Without Borders (RSF), yang menerbitkan indeks tahunan untuk menilai kebebasan akhbar di seluruh dunia, mengecam ancaman yang dikenakan terhadap portal berita MalaysiaNow, menggesa SKMM menghentikan “tekanan terhadap pengamal media yang mengkritik kerajaan”.

“RSF mengecam arahan penapisan yang dikeluarkan oleh SKMM terhadap laporan MalaysiaNow mengenai kekecohan di Parlimen,” kata RSF, yang sebelum ini menyuarakan kebimbangan terhadap langkah SKMM menyekat beberapa laman berita di negara itu, dalam catatan di Twitter pada Jumaat.

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024· Isu semasa
Popular
MP PAS gesa batal kebenaran cabutan 22 kali judi
September 28, 2021
24 Jan keputusan kes rasuah Zahid
December 6, 2021
Selepas harga barang asas, kini harga besi dan simen juga naik pada Januari
February 8, 2023
Penganggur mengaku tak bersalah buat hantaran hina Sultan Johor
April 28, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok