Wanita sembunyi dalam bonet untuk rentas negeri ditangkap

May 12, 2021 · Isu semasa

Kerana rindukan suami dan ingin menyambut Aidilfitri bersama, seorang wanita warga Indonesia sanggup kepanasan bersembunyi di dalam bonet kereta untuk merentas negeri, hari ini.

Namun, hasratnya tidak tercapai apabila kereta dinaiki diperiksa di Sekatan Jalan Raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Plaza Tol Simpang Ampat, ALor Gajah, Melaka.

Wanita itu dari Nilai, Negeri Sembilan mahu bertemu suaminya di Rembia, Alor Gajah, tetapi tiada surat kebenaran polis dan dia juga tidak memiliki pengenalan diri, kata Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu.

Beliau berkata, wanita berusia 23 tahun itu ditahan bersama seorang lelaki yang merupakan pemandu kenderaan ‘e-hailing’ berusia 27 tahun yang beralamat di Seremban, dalam satu kejadian kira-kira jam 2.30 petang.

“Siasatan awal mendapati wanita berkenaan sebelum itu berada di tempat duduk belakang kenderaan yang ditumpanginya, dan bertindak masuk ke dalam bonet kenderaan itu beberapa meter sebelum sampai ke sekatan jalan raya di plaza tol berkenaan.

“Wanita berkenaan ditemukan di dalam bonet kereta tersebut dalam keadaan berbaring ketika pemeriksaan anggota keselamatan di sekatan jalan raya plaza tol tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita berkenaan nekad mengambil tindakan sedemikian, selepas setahun tidak bertemu dengan suaminya.

Katanya kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak mempunyai pengenalan diri yang sah, Seksyen 56(1)(D) Akta Imigresen 1959/63 kerana melindungi warga asing tanpa dokumen yang sah, dan Peraturan 15 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

Berita berkaitan
Polis terima satu lagi laporan bom petrol dilempar ke KK Mart
March 30, 2024· Isu semasa
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Polis segerakan siasatan dalam kes langgar pelajar sehingga maut
December 16, 2023· Isu semasa
Agus dipanggil beri keterangan esok terhadap dakwaan gangguan seksual
December 13, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Tuntut cerai: Mahkamah perintah Khir Toyo, isteri lantik Hakam Islah
June 27, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok