Wanita larikan bar emas ditahan polis di Melaka

November 8, 2023 · Isu semasa

Polis menahan seorang wanita yang melarikan satu bar emas seberat 100 gram bernilai RM29,000 dari sebuah kedai emas di Kampung Jawa, Melaka selepas berpura-pura kononnya mahu melihatnya secara dekat, hujung bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian pada 30 Okt, suspek berusia 25 tahun telah datang ke kedai emas berkenaan pada pukul 4.30 petang dan meminta pengurus kedai mengeluarkan kepingan emas yang dipamerkan dalam almari kaca untuk melihatnya dengan lebih dekat, lapor Bernama.

“Bagaimanapun kira-kira tiga minit selepas memegang bar emas itu, suspek terus melarikan diri dari premis itu sebelum dikejar oleh pengurus kedai berkenaan, namun tidak berjaya menangkapnya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan penganggur itu di sebuah rumah di Taman Malim Jaya di sini pada pukul 6.45 petang semalam dan bar emas itu pula ditemukan di sebuah rumah di Taman Seri Mangga kemudiannya.

Christopher berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan mencuri.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Remaja cuba samun pemandu e-hailing didakwa esok
December 2, 2023· Isu semasa
Dakwaan gangguan seksual dihadapi Wahab, polis akan panggil beberapa individu
December 2, 2023· Isu semasa
Laporan Wahab dakwa Agus buat gangguan seksual disiasat polis
December 1, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Jutawan rakan baik Anwar beli saham rangkaian hotel terkait Zahid
July 6, 2021
Kenapa lepasan SPM tidak minat ke IPT?
August 25, 2022
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
December 4, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Edar dadah 23.5kg, tiga lelaki termasuk bergelar ‘Datuk’ didakwa
18 jam lalu · Isu semasa
PRK Kemaman: Peratusan keluar mengundi setakat 4 petang sebanyak 60 peratus
December 2, 2023 · Isu semasa
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023 · Isu semasa
Penganggur didakwa edar dadah Methamphetamine lebih 10 kg
December 1, 2023 · Isu semasa
Bekas ADUN DAP disabit kes rogol lantik Hisyam Teh ketuai pasukan pembelaan
December 1, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
December 2, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok