Unjuran KDNK 2022 Malaysia disemak naik kepada 6.4 peratus

September 28, 2022 · Isu semasa

Bank Dunia menyemak naik unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2022 kepada 6.4 peratus daripada 5.5 peratus yang dijangkakan sebelum ini, didorong peningkatan aktiviti ekonomi pada separuh pertama.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia, Apurva Sanghi berkata data menunjukkan ekonomi ini berkembang jauh melebihi jangkaan pada separuh pertama 2022, dipacu oleh penggunaan domestik yang lebih baik dan pertumbuhan eksport yang kukuh daripada sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta komoditi, lapor Bernama.

Beliau berkata prestasi lebih baik yang dicatatkan sektor perkhidmatan, pelancongan dan pembuatan ditambah dengan peningkatan semula yang dialami sektor pembinaan juga menyumbang kepada unjuran lebih baik dan disemak semula itu.

“Kami menjangkakan momentum positif berterusan sehingga separuh kedua…pertumbuhan pada suku ketiga 2022 dijangka meraih manfaat daripada asas rendah suku ketiga 2021 apabila ekonomi menguncup 4.5 peratus,” katanya semasa taklimat media secara maya bertajuk Perkembangan Ekonomi Asia Timur dan Pasifik oleh Bank Dunia pada Selasa.

Beliau berkata permintaan domestik Malaysia disokong baik pada suku kedua, didorong oleh peningkatan yang dialami pasaran buruh serta langkah seperti kenaikan gaji minimum dan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Penggunaan swasta meningkat 18.3 peratus pada suku tersebut didorong oleh peningkatan perbelanjaan ke atas item yang diinginkan seperti restoran dan hotel serta perkhidmatan rekreasi manakala pelaburan meningkat 5.8 peratus dalam sektor swasta dan awam, katanya.

Sanghi berkata risiko kenaikan inflasi, kos sara hidup yang lebih tinggi, kesan pengurangan langkah bantuan tunai dan persekitaran luaran yang lembap boleh menimbulkan risiko negatif pada separuh kedua 2022.

“Bagi ekonomi yang hampir 60 peratus bergantung kepada penggunaan swasta dan dua pertiga pertumbuhan disumbangkan oleh penggunaan swasta, sebarang kejutan terhadap permintaan domestik boleh melambatkan atau menjejaskan momentum pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini.

“Justeru, pertumbuhan itu mudah terjejas,” katanya selain mengingatkan bahawa Malaysia perlu memberi tumpuan kepada membina rangka kerja penggalakan pelaburan yang padu untuk meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI).

Beliau berkata selain itu, Bank Dunia menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia bagi 2023 kepada 4.2 peratus daripada 4.5 peratus yang dibuat sebelumnya ekoran ketidaktentuan yang dialami dalam persekitaran global.

Terdapat cabaran besar daripada ketidaktentuan ekonomi global termasuk perkembangan terkini di Ukraine, kelembapan di China, peningkatan inflasi dalam negara serta kekurangan pekerja yang boleh mengekang Malaysia daripada mencapai potensi penuh, katanya.

Sanghi berkata bagaimanapun, asas-asas Malaysia kekal kukuh, dan berlandaskan status negara sebagai peserta komoditi utama dan E&E serta gangguan rantaian bekalan yang terhad di Asia berbanding Barat, semua ini akan memberikan sokongan kukuh kepada pertumbuhan.

Berita berkaitan
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Kesan hapus subsidi, Bank Dunia jangka inflasi Malaysia naik 2.5 peratus
April 1, 2024· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Ringgit dibuka pada RM4.72 berbanding dolar, menyusut lagi
October 13, 2023· Isu semasa
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok