UMMAH lapor polis kenyataan Kit Siang hina, persenda Allah, Islam

July 6, 2021 · Isu semasa

Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan Penasihat DAP yang juga Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang berkaitan ‘Kerajaan Allah’ dalam Facebooknya semalam.

Laporan itu dibuat Setiausaha Agung UMMAH, Khalil Idham Lim di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian, Perak jam 10.12 pagi tadi selepas menganggap kenyataan itu jelas mempersenda dan menghina Allah serta agama Islam.

Serentak itu beliau turut mengarahkan semua cawangan UMMAH negeri dan jaringan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di bawah gerakan itu membuat laporan sama.

“Umat Islam juga harus sensitif dan bangkit untuk mempertahankan Islam daripada semudahnya dipersenda oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“UMMAH juga menyeru umat Islam untuk turut bangkit bersama kami membuat laporan polis berhubung penghinaan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Khalil berkata beliau membuat laporan polis selepas membaca tulisan Kit Siang melalui Facebook dan blognya berkaitan ‘Kerajaan Allah’ yang berbunyi:

“If “Allah’s government” is the best form of government in Covid-19 Pandemic, why Malaysia is the last in the Economist’s global normalcy index losing out to Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam and Taiwan none of which can claim to be “Allah’s government”.

Tulisan itu membawa makna jika “kerajaan Allah” adalah bentuk kerajaan terbaik dalam Pandemik Covid-19, mengapa Malaysia berada pada tempat erakhir dalam indeks kenormalan global the Economist di bawah Hong Kong, New Zealand, South Korea, China, Japan, Russia, Thailand, Singapore, Vietnam dan Taiwan yang tidak boleh mendakwa mereka adalah “kerajaan Allah”, kata Khalil lagi.

Katanya, beliau percaya percaya tulisan Kit Siang ini adalah satu penghinaan ke atas Islam yang merupakan agama Persekutuan serta satu kesalahan mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan 1948 berkaitan mengembangkan permusuhan dan kebencian antara golongan penduduk berlainan di Malaysia.

Khalil berkata kenyataan itu juga satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Kit Siang perlekeh ‘Kerajaan Allah’ bukti kebiadaban DAP terhadap Islam

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
KKM sahkan bantu WHO kaji tiga jenis ubat rawat Covid-19
August 13, 2021
Skandal LCS: TLDM kalah bertempur sejak awal, kata bekas panglima
August 15, 2022
Dr. Sheikh Muszaphar kongsi cara didik anak
October 5, 2021
Usahawan PMKS, pekerja sokong syor Muhyiddin mudahkan bantuan
October 23, 2022
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok