Tular berucap di masjid, JAIS siasat Fahmi

July 31, 2023 · Isu semasa

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menjalankan siasatan terhadap Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil selepas menerima aduan beliau berucap di ruang solat utama sebuah masjid di Rawang, semalam.

Gambar Fahmi yang juga Pengarah Komunikasi Strategik PKR itu berdiri sambil memegang mikrofon tular di media sosial sejak semalam.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata siasatan dilakukan mengikut Seksyen 12 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) kerana disyaki menghina pihak berkuasa agama.

“JAIS menjalankan siasatan dengan memanggil nazir masjid berkenaan bagi mendapatkan keterangan dan tindakan selanjutnya akan dibuat setelah siasatan selesai dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan, lapor FMT.

Shahzihan mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding supaya berhati-hati ketika berada dalam masjid dan kawasan rumah ibadat.

Jelasnya, ia bagi mengelakkan sebarang perlakuan yang boleh membawa kepada perbuatan melanggar titah Sultan Selangor dan ketetapan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

“Tindakan tegas akan diambil kepada mana-mana pihak yang melanggar titah Sultan Selangor dan arahan Mais,” katanya.

Sementara Fahmi dalam menjelaskan perkara itu mendakwa beliau hanya mengulas soal kumpulan The 1975 dan tidak menyentuh isu lain.

Hari ini, JAIS sekali lagi memberi amaran kepada semua ahli politik supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen sepanjang pilihan raya negeri (PRN).

MAIS melarang penggunaan masjid dan surau sebagai medan politik kepartian serta propaganda politik malah larangan itu telah banyak kali dikeluarkan.

Berita berkaitan
NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media
February 21, 2024· Politik
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Hilman kekal ADUN Gombak Setia, mahu ambil tindakan undang-undang
December 11, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
Popular
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Isu LGBT dalam kalangan agamawan rosakkan imej Islam
September 25, 2022
Tuduhan bodoh kata saya bocor rahsia, MB Kedah cerita apa berlaku
April 2, 2023
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Kes stoking: Pengarah KK Mart dan isteri kemuka representasi kepada AGS
4 jam lalu · Isu semasa
Chegu Bard berdepan dua tuduhan Akta Hasutan berhubung isu KK Mart
4 jam lalu · Isu semasa
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok