Kempen PRN : JAIS bagi amaran lagi kepada ahli politik

July 31, 2023 · Politik

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekali lagi memberi amaran kepada semua ahli politik supaya tidak menggunakan masjid untuk berkempen sepanjang pilihan raya negeri (PRN).

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melarang penggunaan masjid dan surau sebagai medan politik kepartian serta propaganda politik malah larangan itu telah banyak kali dikeluarkan.

“Ahli politik yang didapati menggunakan masjid dan surau di Selangor dengan tujuan tidak dibenarkan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan MAIS dianggap menghina, mengingkari serta melanggar titah Sultan Selangor serta ketetapan MAIS yang boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 12 (a) atau (b), Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pentadbir masjid dan surau di seluruh Selangor sentiasa diingatkan untuk mematuhi dan menguatkuasakan larangan yang ditetapkan itu bagi menjadikan masjid dan surau sebagai zon aman serta bebas pengaruh politik kepartian.

Tegasnya, pelantikan mana-mana pegawai masjid boleh dibatalkan oleh MAIS jika gagal atau sebarang kecuaian mematuhi ketetapan MAIS berdasarkan Peraturan 7 (f) Peraturan-Peraturan Masjid dan Surau (Negeri Selangor) 2017.

“Semua edaran titah DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sultan Selangor dan arahan MAIS yang dikeluarkan oleh JAIS berkaitan perkara ini kepada seluruh pentadbir masjid atau surau di negeri Selangor hendaklah dirujuk,” katanya lagi.

Sebelum ini kecoh di media sosial seorang ahli politik didakwa sedang berkempen dalam sebuah masjid.

Berita berkaitan
744 kertas undi pos dikeluarkan SPR bagi PRK Kemaman
November 21, 2023· Politik
Sultan Ibrahim berangkat bertemu Sultan Selangor dan Sultan Perak
October 28, 2023· Isu semasa
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri petang ini
October 19, 2023· Isu semasa
Jangan amal politik dendam, titah Tuanku Muhriz kepada wakil rakyat
October 9, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023
Besar pengorbanan Muhyiddin hingga jawatan PM dilepaskan: Tajuddin
September 20, 2021
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023
Lagi Politik terkini
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
7 jam lalu · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
7 jam lalu · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Imbuhan penjawat awam negeri diumum selepas PRK Kemaman: Ahmad Samsuri
November 27, 2023 · Politik
Wahab dalam kemurungan belum boleh keterangan, kata peguam
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat Terengganu bersama PN walaupun dizalim peruntukan, royalti minyak
8 jam lalu
[VIDEO] Sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Dr Sam meningkat
9 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok