NGO bidas kerajaan perkenal kod etika, dakwa cuba sekat media

February 21, 2024 · Politik

Lawyer for Liberty (LFL) mendakwa kebebasan pengamal media cuba dikawal kerajaan dengan langkah memperkenalkan kod etika baru-baru ini.

Pengarah LFL Zaid Malek mempertikaikan kod etika tersebut kerana ia memberi kuasa kepada pihak kerajaan untuk memutuskan bentuk berita yang akan disiarkan, selain Jabatan Penerangan (Japen) berkuasa untuk membatalkan akreditasi kad media.

“Bagaimana media boleh bebas dan berkecuali apabila kerajaan yang memutuskan apa itu pelaporan berita beretika?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia.

Ia mengandungi lapan etika utama selain kod berkenaan turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan kad perakuan media.

Ini kali pertama manual etika, yang dilancarkan pada 1989 oleh Institut Akhbar Malaysia (MPI) itu disemak.

Mengulas lanjut, Zaid melabel kod etika itu sebagai tambahan kepada undang-undang zalim sedia ada seperti Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kod etika ini adalah cara pintu belakang untuk menghidupkan semula undang-undang antiberita palsu, yang dilabel sebagai etika kewartawanan, dengan kredibiliti mana-mana berita dan sumbernya akan ditentukan oleh kerajaan,” katanya.

Zaid kemudian memetik Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan, yang menjamin kebebasan bersuara dan berucap.

Dia juga mengingatkan menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) tentang bantahan mereka terhadap campur tangan kerajaan dalam kebebasan media ketika mereka menjadi pembangkang.

“Kita tidak boleh abaikan ironi dan pengkhianatan terbesar PH, yang kejayaan politiknya sebahagian besarnya boleh dikaitkan dengan liputan media yang meluas dan kewartawanan gerila mengenai skandal 1MDB.

“Kini apabila berkuasa, mereka pula berusaha untuk mengukuhkan kawalan kerajaan ke atas akhbar dan menjadi penimbang tara apa yang boleh dilaporkan atau dibincangkan orang ramai secara dalam talian,” katanya.

Sehubungan itu, Zaid menggesa kerajaan menyegerakan penubuhan majlis media supaya pihak media boleh membuat peraturan mereka sendiri.

“Media bebas ialah pasaran idea. Melalui platform tradisional atau sebaliknya, ia adalah penting kepada demokrasi yang sihat dan berfungsi.

“Ia tidak boleh dicapai jika kerajaan menjadikan dirinya sebagai penyampai kebenaran dan sumber maklumat tunggal,” katanya.

Berita berkaitan
Bergantung kepada siasatan sama ada tangkap Agus atau tidak: Razarudin
December 5, 2023· Isu semasa
Kementerian nafi SKMM digunakan untuk sekat kebebasan media
November 27, 2023· Isu semasa
Agus tiada kaitan dengan J-KOM atau kerajaan lagi: Fahmi
November 17, 2023· Politik
Dewan Rakyat: Isu kebebasan media dan bersuara jadi tumpuan
November 9, 2023· Isu semasa
Popular
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Ibu, suami dan anak temani Mas Ermieyati sebelum ke pusat penamaan calon
November 8, 2021
‘Bahaya jika DAP perintah negara’
November 18, 2022
Lagi Politik terkini
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
2 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
20 jam lalu · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024 · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok