Tuan Ibrahim jawab tuduhan tak divaksin, malah sudah ambil dos penggalak

January 13, 2022 · Isu semasa

Dakwaan tidak mengambil suntikan vaksin Covid-19 dinafikan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Tuan Ibrahim menjawab tuduhan dibuat sebelum ini oleh seorang pendakwah bebas, Abu Syafiq yang mendakwa Tuan Ibrahim tidak pernah menerima suntikan vaksin Covid-19 menerusi satu rakaman video, beberapa hari lalu.

Malah, katanya, beliau turut sudah menerima suntikan dos penggalak pada 2 November tahun sama.

“Terdapat kekeliruan beberapa pihak yang menuduh saya tidak divaksin sebelum menunaikan umrah baru-baru ini. Dos pertama diambil pada 24 Mac 2021 di Klinik Kesihatan Presint 18, Putrajaya manakala dos kedua di klinik yang sama pada 14 April 2021.

“Saya menerima dos penggalak pada 2 November tahun lalu di Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Kuala Lumpur,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Abu Syafiq sebelum ini menempelak Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad yang mahu pihak berkuasa menyiasatnya kerana membawa jemaah tidak divaksin untuk menunaikan umrah.

Pendakwah bebas itu juga mendakwa ada individu dalam kerajaan yang turut menunaikan umrah baru-baru ini tapi belum divaksin iaitu Tuan Ibrahim sendiri.

Sebelum ini, Tuan Ibrahim dilaporkan ke Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah ketika beberapa negeri dilanda bencana banjir baru-baru ini.

Berita berkaitan
Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris
November 23, 2023· Politik
Apa jaminan kerajaan kenaikan cukai SST tak jejaskan rakyat?
October 25, 2023· Isu semasa
Malaysia bukan negara sekular seperti yang dimahukan DAP: Tuan Ibrahim
October 21, 2023· Politik
Tuan Ibrahim dakwa kenyataan diambil luar konteks, PAS teguh bersama PN
October 19, 2023· Politik
Popular
Harga roti Gardenia naik 1 Disember
November 25, 2021
Radzi arah KSU lapor SPRM dakwaan Zaharin
October 17, 2022
Ketahui hak harta sepencarian selepas bercerai
January 12, 2022
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024
Lagi Isu semasa terkini
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
April 23, 2024 · Isu semasa
Semua 10 mayat mangsa nahas helikopter berjaya dikeluarkan
April 23, 2024 · Isu semasa
Jualan saham pelabur asing tertinggi empat tahun minggu lalu: MIDF
April 22, 2024 · Isu semasa
KWSP jual pegangan saham terbesar dalam Affin Bank
April 18, 2024 · Isu semasa
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok