Kajian Merdeka Center bukti rakyat marah kepada PMX, tahap terburuk: Idris

November 23, 2023 · Politik

Rakyat semakin marah kepada kerajaan campuran diketuai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kajian terbaharu Merdeka Center mengesahkan lagi sentimen rasa tidak puas hati rakyat, kata Datuk Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu berkata kajian terbaharu badan bebas tersebut secara tidak langsung menunjukkan kerajaan campuran sekarang berada pada tahap lebih buruk berbanding kerajaan terdahulu, malah populariti Anwar juga dilihat terburuk berbanding Perdana Menteri sebelum ini.

“Ini juga jauh lebih teruk dari zaman PH (Pakatan Harapan) menjadi kerajaan di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamed kerana selepas setahun Tun Dr Mahathir Mohamed menjadi Perdana Menteri kaji selidik Merdeka Center ke atas 1,204 responden seluruh negara dari 5 Mac ke 11 Mac 2019 juga menunjukkan hanya 46 peratus responden yang berpendapat bahawa negara berada pada hala tuju yang salah pada waktu itu, berbanding 60 peratus responden yang berpendapat bahawa negara berada pada hala tuju yang salah pada waktu sekarang.

“Semua ini adalah bukti bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan PH-BN adalah Perdana Menteri dan kerajaan yang gagal.

“Prestasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan PH-BN (Barisan Nasional) malah jauh lebih teruk berbanding prestasi Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan PN (Perikatan Nasional) serta prestasi Tun Dr Mahathir Mohamed dan Kerajaan PH,” katanya dalam satu kenyataan dipetik dalam portal Harakah Daily.

Semalam, laporan Merdeka Center mendedahkan tahap kepuasan terhadap Anwar tmerosot kepada 50 peratus di tengah-tengah kebimbangan yang meningkat berhubung prestasi ekonomi Malaysia.

Dalam dapatan kajian terkini pusat kajian bebas semalam, Merdeka Center menyatakan 48 peratus responden dalam kajiannya pada bulan Oktober mengakui tidak puas hati dengan corak pentadbiran Anwar diuruskan.

“Dalam pandangan kami, perubahan dalam sentimen pengundi sebahagian besarnya disebabkan oleh kebimbangan mereka terhadap ekonomi dan bagaimana ia memberi kesan kepada kehidupan mereka.

“Hanya 31 peratus pengundi yang berpendapat negara ini bergerak ke arah yang betul, manakala 60 peratus berpendapat ia bergerak ke arah yang salah.

“Alasan utama bagi arah yang salah adalah isu-isu ekonomi (56 peratus), ketidakstabilan politik (13 peratus), dan pentadbiran yang lemah (9 peratus),” kata kenyataan itu.

Idris yang juga Naib Presiden PAS itu berkata Anwar perlu sedar diri sentimen rakyat yang menolaknya.

“Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan PH-BN patut segera sedar dan menerima hakikat mengenai penolakan semakin kuat rakyat ke atas mereka.

“Saya yakin penolakan semakin besar rakyat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan PH-BN akan turut diterjemahkan oleh pengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman pada 2 Disember nanti.

“Inilah pesanan rakyat kepada kamu: Segera berubah atau kamu akan rebah!” katanya lagi.

Berita berkaitan
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
Saingan empat penjuru PRK Kuala Kubu Bharu, tiada wakil MCA berarak
April 27, 2024
Bung kata ada ‘gunting dalam lipatan’ dalam UMNO
May 11, 2023
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Kes saman fitnah Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
April 26, 2024 · Politik
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok