‘Troll’ feri Guan Eng jerat diri sendiri, rahsia sebenar terpecah

June 6, 2021 · Isu semasa

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong membidas Lim Guan Eng kerana ‘troll’ yang cuba dilakukan Setiausaha Agung DAP berkaitan feri Pulau Pinang bukan sahaja tidak mempunyai fakta tetapi terkena diri sendiri dan pemimpin parti itu.

Menggunakan tanda pagar #naktrolloranggunalahfakta Ka Siong menjawab tuduhan Guan Eng bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) bertanggungjawab menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang.

Beliau berkata feri Pulau Pinang seperti disiarkan Guan Eng dalam Facebooknya dihantar ke Limbungan Bagan Dalam bersebelahan Sungai Perai pada 27 November 2019 oleh RapidFerry, anak syarikat Prasarana.

Katanya, feri itu dihantar ke limbungan berkenaan kerana masalah ‘berlabuh’ dan dalam keadaan uzur, sementara alat ganti dari Belanda pula tidak diperoleh.

“Hello Lim Guan Eng… Tumpang tanya Lim Guan Eng, pada 27 Nov 2019, siapa Menteri Kewangan pada masa itu? Prasarana adalah sebuah syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

“Ingat tak pada hujung tahun 2019, Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan mengumumkan peruntukan RM30 juta kepada Penang Port Sdn Bhd (PPSB) untuk tujuan pembelian Catamaran baharu serta mengambilalih perkhidmatan ini daripada RapidFerry milik Prasarana,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ka Siong turut meletakkan nota bahawa Guan Eng sekadar mengumumkan sahaja peruntukan RM30 juta itu tetapi tidak disenaraikan dalam Belanjawan 2020.

Mengulas lanjut, Ka Siong berkata Guan Eng patut bertanya diri sendiri kenapa tidak membeli alat ganti memperbaiki feri Pulau Pinang, sedangkan beliau adalah orang yang begitu berkuasa ketika itu.

“Eh… Lim Guan Eng mudah lupa siapa Menteri Kewangan dan Menteri Pengangkutan pada 27 November 2019 ketika pemerintahan PH?

“Kalau lupa, ini saya ingatkan. Saya pernah perincikan semuanya, siap ada hansard Dewan Rakyat yang pernah diungkapkan sendiri oleh Guan Eng,” katanya.

Ka Siong bagaimanapun berterima kasih kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kuan Yow kerana sentiasa berbincang dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk mencari jalan penyelesaian pragmatik terhadap permasalahan khusus di negeri itu.

Katanya, pada 24 Disember 2020, pihak Prasarana yang dimiliki oleh Kerajaan Pusat telah menulis surat kepada Exco Pengangkutan Kerajaan Pulau Pinang untuk menawarkan enam buah feri secara percuma kepada Kerajaan Pulau Pinang.

“Namun, Kerajaan Negeri pada 18 Januari 2021 telah bersetuju dan sudi menerima hanya sebuah feri saja. MOT terbuka dan menerima keputusan Kerajaan Negeri. Apa-apa pun terima kasih diucapkan kepada CM Chow!

“Lagi 5 buah feri lama boleh diubahsuai menjadi muzium, restoran dan feri khas pelancong pada waktu tertentu, tapi bukan sebagai mod pengangkutan awam,” katanya yang menjelaskan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) pula perlu melalui proses tender terbuka walaupun ianya melibatkan feri lama ataupun yang telah rosak.

Terdahulu, Guan Eng mengkritik PN dan Ka Siong yang didakwanya menghentikan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang.

“Sedih melihat keadaan yang begitu teruk salah sebuah feri ikonik Pulau Pinang selepas perkhidmatan feri yang bersejarah ini dihentikan oleh Kerajaan PN dan Wee Ka Siong.

“Rakyat memang tersinggung kerana feri yang seharusnya masih beroperasi demi meneruskan kesinambungan warisan hampir 100 tahun sebaliknya mendapat layanan sebegini,” kata Guan Eng.

Berita berkaitan
Ayuh penyokong kerajaan Madani pertahankan Rafizi diserang UMNO, sindir Fadhli
17 jam lalu· Politik
UMNO, DAP, PKR alliance – Towards marital bliss or total disaster?
17 jam lalu· Rencana
Tawaran sertai kerajaan, Hamzah kata PN akan sentiasa bersama
May 31, 2023· Politik
Izzah jawab spekulasi dicalonkan untuk PRN P.Pinang
May 31, 2023· Politik
Popular
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
June 1, 2023
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
June 1, 2023
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
June 1, 2023
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
June 1, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perlu dedah semua laporan dalam skandal projek LCS, gesa C4
9 jam lalu · Isu semasa
Ringgit jatuh, MP Bachok kata kerana tiada Menteri Kewangan sepenuh masa
10 jam lalu · Isu semasa
Isu air: PMX sahkan permohonan awal RM8 bilion oleh kerajaan Kelantan ditolak
10 jam lalu · Isu semasa
Anwar nafi jadi punca kejatuhan nilai ringgit
10 jam lalu · Isu semasa
Tiada nama taikun Melayu dalam senarai individu terkaya Forbes di Malaysia
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Perikatan Nasional tak serang peribadi saya macam PH-UMNO
6 jam lalu
[VIDEO] Khairy akan bertemu Muhyiddin dalam masa terdekat
7 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok