Tiga PPS di Kedah ditutup, mangsa banjir menurun

September 29, 2023 · Isu semasa

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah berkurangan kepada 1,550 orang daripada 468 keluarga berbanding 1,908 orang daripada 576 keluarga, pagi tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Muhammad Suhaimi Mohd Zain berkata kesemua mangsa dari daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Baling dan Kota Setar itu ditempatkan di 12 PPS, lapor Bernama.

Beliau berkata di Kubang Pasu terdapat satu PPS yang masih beroperasi iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau manakala PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun dan Dewan PPK Lubuk Batu telah ditutup sepenuhnya, petang tadi.

“PPS di Pokok Sena pula di SK Bukit Hijau dan Maahad Tarbiyah Derang masih menempatkan mangsa banjir manakala SK Permatang Limau yang dibuka Rabu lalu telah ditutup sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan di sini, malam ini.

Muhammad Suhaimi berkata PPS di Baling melibatkan SK Iboi, SMK Jerai, SK Kampung Keda dan Surau Annur.

“Di Kota Setar, PPS melibatkan SK Taman Aman, SMK Kepala Batas, SK Seri Gunung, SK Titi Gajah dan SMK Alor Merah,” katanya.

Berita berkaitan
Banjir di Johor: 538 orang dipindahkan ke PPS, paras sungai naik
December 1, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Terengganu, Kelantan kekal setakat pagi ini
November 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di tiga negeri sedikit menurun setakat malam ini
November 27, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di Kelantan meningkat, Terengganu turun dan Selangor kekal
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Kenapa generasi muda semakin hilang adab?
February 14, 2023
Hutang Kerajaan Persekutuan meningkat sebanyak RM100.2 bilion setakat 2021
February 16, 2023
Orang ramai dinasihati waspada penyamaran dan penipuan melalui WhatsApp
December 7, 2023
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
December 11, 2023
Lagi Isu semasa terkini
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
1 jam lalu · Isu semasa
Ringgit dibuka rendah RM4.67 berbanding dolar
5 jam lalu · Isu semasa
Pelabur asing rekod jualan bersih minggu lepas: MIDF
5 jam lalu · Isu semasa
KBS akan beri penjelasan padang Bukit Jalil rosak minggu depan, kata menteri
December 9, 2023 · Isu semasa
Mat Sabu kata bekalan bawang negara mencukupi
December 9, 2023 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Setahun Anwar Ibrahim perdaya rakyat dengan janji politik
December 9, 2023
[VIDEO] Dr Sam angkat sumpah Ahli Parlimen Kemaman
December 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok